Judul : Saya Cabar MB S'gor, Dedah Isu Tanah Ijok. – Punithan
link : Saya Cabar MB S'gor, Dedah Isu Tanah Ijok. – Punithan
Saya Cabar MB S'gor, Dedah Isu Tanah Ijok. – Punithan
Shah Alam – Isu tanah Ijok, Selangor sudah berlarutan namun masih menjadi misteri berterusan.
“Walaupun Kerajaan Negeri Selangor tidak mahu berterus-terang berhubung isu tanah Ijok namun pelbagai persoalan masih menular bukan sahaja di minda rakyat Selangor malah penduduk Ijok pun rasa terkejut dan terkilan dengan pembongkaran satu demi satu isu yang berlaku di tempat mereka,” kata Saudara Punithan Paramsiven, Ketua Penerangan, Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan.
“Isu tanah Ijok, Selangor yang dijual adalah berkeluasan 2,198.4 ekar dengan harga RM1.18billion. 981 peneroka yang terlibat hanya dibayar RM421.4 juta sahaja sebagai pampasan oleh dua syarikat swasta yang terbabit malah baki RM758.6 juta masih menjadi tanda tanya.”
Beliau turut berkata, sememangnya tidak rasional kenapakah Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor telah memfailkan penyelesaian untuk membatalkan kes berkenaan walaupun kebarangkalian untuk Kerajaan Negeri Selangor memenangi kes berkenaan adalah tinggi di Mahkamah Persekutuan *(memandangkan sebelum ini menang di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan)?
“Bukan itu sahaja, daripada membuat keputusan untuk menyerahkan tanah kembali kepada dua syarikat swasta berkenaan dan kemudiannya menjual tanah terbabit kepada syarikat awam kenapa tidak Menteri Besar Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor menjual tanah itu secara terus kepada syarikat awam berkenaan?
Sekiranya perkara ini berlaku dan dibiarkan perbicaraan selesai maka hari ini mungkin hasil jualan tanah iaitu RM1.18 billion berkenaan dapat dibayar sebagai pampasan kepada peneroka yang menunggu sejak sekian lamanya,” ujar beliau lagi.
“Malah cukup menghairankan bagaimana pampasan yang dibayar kepada peneroka adalah berdasarkan nilai tanah pada tahun 2000 walaupun tanah berkenaan hanya dijual pada tahun 2014. Adakah nilai pampasan yang diberikan kepada peneroka berkenaan adalah adil?”
“Justeru, saya mencabar Menteri Besar Selangor untuk mendedahkan senarai nama peneroka dan jumlah pampasan yang diterima oleh mereka. Nyatakan secara terbuka sekiranya pampasan yang diberikan kepada peneroka adalah RM421.4 juta maka dimana baki wang RM758.6 juta hasil penjualan tanah berkenaan.”
(kualalumpurpost.net)
Iklan:
Tukang gunting lelaki,
Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia.
- Pendapatan basic komisen boleh dirunding.
- Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan.
- Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra.
Kelebihan / Kemudahan
- Majikan yang prihatin
- komisyen dan gaji terjamin.
- lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi
- oleh ramai penduduk.
- Berdekatan dengan Surau dan kedai makan.
- kedai berhawa dingin.
Muaz;:
Sila hubungi..
018 2018342
011 33111321
011 33111321
Sobat baru saja selesai membaca :
Saya Cabar MB S'gor, Dedah Isu Tanah Ijok. – Punithan
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Saya Cabar MB S'gor, Dedah Isu Tanah Ijok. – Punithan dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Saya Cabar MB S'gor, Dedah Isu Tanah Ijok. – Punithan link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/02/saya-cabar-mb-sgor-dedah-isu-tanah-ijok.html