Judul : Jangan Buat PRU Sekarang!!
link : Jangan Buat PRU Sekarang!!
Jangan Buat PRU Sekarang!!
Ni dua contoh penularan angkara Ahli politik yang gila nak berkuasa..
AYER KEROH: Pusat pentadbiran kerajaan negeri di Kompleks Seri Negeri di sini, ditutup serta-merta pagi tadi selepas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikatakan positif COVID-19.Sumber memberitahu, ADUN yang pulang dari Sabah, minggu lalu itu, dikatakan mengunjungi kompleks berkenaan semalam, selepas tempoh kuarantin tiga hari ke atasnya tamat, dua hari lalu.Bagaimanapun, sumber itu berkata, Jabatan Kesihatan negeri terpaksa menjemput ADUN berkenaan di kediamannya selepas mendapati hasil ujian berkenaan positif, malam tadi."Semalam ADUN berkenaan mengunjungi Seri Negeri, termasuk minum di kafetaria kompleks berkenaan ~ Berita Harian
Yang ni pulak.. isteri dan anak-anak murid menjadi mangsa.
KEPALA BATAS: Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga, di sini diarah tutup lapan hari selepas seorang guru wanita disahkan positif COVID-19.Arahan penutupan itu dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) yang berkuat kuasa mulai hari ini.Pengarah JPNPP, Abdul Rashid Abdul Samad, berkata penutupan sekolah dibuat bagi membendung penularan pandemik COVID-19 menjadi lebih serius."Setakat ini, sekolah itu akan ditutup selama lapan hari dan sebarang keputusan lain akan dibuat selepas pihak kami bermesyuarat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Buat masa ini, pihak kami belum mendapat laporan lengkap dari SK Permatang Janggus namun dimaklumkan semua murid di situ perlu menjalani ujian saringan COVID-19 hari ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.Tinjauan yang dilakukan di luar perkarangan sekolah mendapati rata-rata ibu bapa dan penjaga menjadi cemas ketika menunggu anak-anak mereka menjalani ujian saringan COVID-19.Ibu bapa berada di sekolah terbabit selepas mereka menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp bahawa anak mereka diarahkan melakukan ujian berkenaan.Ini berikutan terdapat seorang guru wanita di sekolah itu yang berusia lingkungan 40-an disahkan positif COVID-19.Guru wanita itu dilaporkan tidak sihat ketika di sekolah sebelum dia pergi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Kedah.Difahamkan guru wanita itu adalah isteri kepada seorang ahli politik di Kedah yang berkempen di Sabah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) itu baru-baru ini.Kira-kira 600 murid di sekolah berkenaan menjalani ujian terbabit dan mereka diarahkan kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan keluar ~ Berita Harian
Hmm... orang kata di Indonesia.. Pemerintah takut rakyat yang degil tidak mahu ikut SOP..
Kat Malaysia pulak.. Rakyat takut Pemerintah yang tak ikut SOP...
Sobat baru saja selesai membaca :
Jangan Buat PRU Sekarang!!
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Jangan Buat PRU Sekarang!! dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Jangan Buat PRU Sekarang!! link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2020/10/jangan-buat-pru-sekarang.html