Judul : Pesta Tangkap Ikan, Adun Wakaf Baru..
link : Pesta Tangkap Ikan, Adun Wakaf Baru..
Pesta Tangkap Ikan, Adun Wakaf Baru..
PESTA menimba, menangkap ikan sambil berkelah rakyat di lubuk ikan Jal Kecik di sini meriah dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.
Ia diadakan dengan penglibatan golongan belia dan veteran yang sekaligus mampu mengeratkan hubungan silaturahim.
Adun Wakaf Baru, Dato' Che Abdullah Mat Nawi berkata program sempena cuti am itu dihadiri kira-kira 1,000 penduduk.
Menurutnya, menimba dan menangkap ikan merupakan sebahagian kaedah generasi lama untuk mendapatkan lauk paut yang boleh dijadikan contoh kepada anak muda.
"Semua lapisan masyarakat daripada usia tujuh hingga 60 tahun mengambil bahagian dalam pesta ini yang mendapat sambutan bukan sahaja warga tempat bahkan dari luar.
"Ada dari Kota Bharu dan Pasir Mas hadir bagi melihat sendiri cara tradisional menangkap ikan sambil berkelah bersama keluarga," katanya.
Program yang bermula seawal jam tujuh pagi itu katanya lagi, ikan yang ditangkap dimasak secara gotong-royong oleh penduduk untuk jamuan makan.
Jelasnya, kerjasama diberikan sangat baik dan perjalanan program yang dirancang sejak lima hari lalu itu berlangsung lancar dalam cuaca mendung.
Beliau turut menyatakan hasrat untuk menjadikan program itu sebagai acara tahunan bagi membolehkan golongan belia menghayati amalan tradisi itu. – HARAKAHDAILY 10/5/2017
Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?
Sobat baru saja selesai membaca :
Pesta Tangkap Ikan, Adun Wakaf Baru..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Pesta Tangkap Ikan, Adun Wakaf Baru.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Pesta Tangkap Ikan, Adun Wakaf Baru.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/05/pesta-tangkap-ikan-adun-wakaf-baru.html