Dulu Badut "Mencari Bom Nuklear", Kini "Mencari #MO1"

Dulu Badut "Mencari Bom Nuklear", Kini "Mencari #MO1" - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Dulu Badut "Mencari Bom Nuklear", Kini "Mencari #MO1", dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Kabar, Artikel Ragam, Artikel Unik, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Dulu Badut "Mencari Bom Nuklear", Kini "Mencari #MO1"
link : Dulu Badut "Mencari Bom Nuklear", Kini "Mencari #MO1"

Baca juga


Dulu Badut "Mencari Bom Nuklear", Kini "Mencari #MO1"

Bukan senang untuk melakarkan satu cerita tentang sesuatu perkara agar yang membacanya percaya betapa wujudnya kisah tersebut. Plot ciptaan, konspirasi dibentuk dan akhirnya persepsi terbentuk. Natijahnya, apa yang dihajati samada yang tersurat dan tersirat bakal tercapai.

Begitulah jadinya dengan negara-negara mundur Islam di dunia satu waktu dulu. Mudah dan rapuhnya pertahanan kepercayaan rakyat kepada kepimpinan kerajaan walaupun kerajaan tersebut dipilih melalui sistem demokrasi. Kenapa terjadi begitu?

Mudah sahaja jawapannya. Pihak yang kalah di dalam sistem pemilihan kerajaan kekal dengan perasaan tidak berpuashati dan akhirnya memilih jalan mudah, meminta bantuan dari kuasa dunia yang lebih berkuasa untuk campurtangan. Di sinilah bermulanya plot tumbangkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat 'at what ever cost'. 

'Story board' yang disusun dengan rapi. Bermula dengan tiupan khabar angin bahawa adanya bom yang mampu hancurkan dunia sedang dibina di Iraq. Wujudnya kilang pembuatan bom ini di lokasi disembunyikan oleh kerajaan Iraq yang dipimpin oleh Saddam Husein. Persepsi jahat ini dibentuk dengan seluruh gabungan media yang khabarnya dibayar dengan jumlah wang yang amat lumayan. Turut membantu untuk menjayakan plot jahat ini adalah kumpulan yang gagal memenangi hati rakyat untuk menjadi kerajaan.

Dari tiupan khabar angin, kumpulan anti Saddam sambut kononnya mereka turut percaya dan saat inilah mereka setiap hari cuba meracuni pemikiran rakyat Iraq agar mendesak Saddam membuka pintu kepada kuasa luar untuk datang membuat siasatan. Kumpulan ini tahu bahawa tidak mungkin Saddam akan buka pintu dan senario itulah sebenarnya yang mereka harapkan kerana niat mereka hanya satu, kuasa luar masuk dan sapu bersih Saddam dan barisan kepimpinannya. Akhirnya hajat mereka tercapai dan sehingga kini, di mana kilang bom canggih dan teramat bahaya tersebut? Apa jadi dengan negara Iraq? kekal sengasara!

Anda perhatikan apa yang sedang berlaku di Malaysia. 

Jalan cerita yang hampir sama walaupun pada peringkat awalnya Amerika tidak dibawa masuk sebagai watak utama. 

Bukan Amerika sebenarnya tetapi beberapa individu yang mempunyai 'kuasa berpengaruh' di negara Uncle Sam. Peguam Negara, pegawai tinggi FBI dan beberapa badut lagi. Kalau benar dan profesional caranya, kenapa sehingga kini 1MDB tidak dipanggil malah khabarnya penama-penama yang disebut DOJ juga belum dipanggil dan memalukan belumpun apa-apa, sekatan terhadap harta penama tersebut ditarik balik.

Apa yang kumpulan terdesak ini mahu sebetulnya. Buat sidang akhbar bagai nak gah di Amerika dan akhirnya batalkan sekatan. Anda belum nampak?

Aakj nampak. Mereka gunakan teori dan strategi yang sama dengan apa yang mereka lakukan terhadap Saddam, Muamar Gaddafi dan beberapa lagi pemimpin negara Islam yang mundur. 

Mereka cipta persepsi buruk terhadap kerajaan yang memerintah, biarkan rakyat buat kecoh termasuk berdemostrasi haram dan apabila mereka tarik balik sekatan atau tuduhan pun golongan anti kerajaan sudah pun berjaya merosakkan kedamaian dari dalam. Mereka cuci tangan kerana kerja jahat mereka dibayar untuk setahap itu sahaja.

Cuma di Malaysia, kumpulan anti kerajaan ini menghadapi kesukaran untuk meracuni akal waras rakyat kerana 'kemurahan' Kerajaan BN. Bayangkan di Iraq, bukan saja ingin memiliki telefon mudah alih berpakej internet, ingin sempurnakan makan harian pun mereka berjuang agar tidak kebuluran. Di Malaysia, kanak-kanak sekolah tadika pun sudah dibekalkan telefon bimbit oleh ibubapa.

Jadi, cerita atau berita sampah yang cuba dimainkan oleh kumpulan anti kerajaan ini tidak mampu untuk pecahkan benteng 'sayangkan negara'. Namun perlu diingat, kumpulan anti kerajaan ini tidak akan berhenti dari terus menerus mencipta fitnah kerana dana yang mereka perolehi bukan satu jumlah yang sedikit. Khabarnya RM1.2 Billion untuk parti politik pembangkang dan RM1 Billion lagi untuk kerja-kerja jahat kumpulan anti kerajaan, skuad khas?

Jangan kita lihat demostrasi yang di buat di Dataran Merdeka itu hanya sekadar menonton drama badut. Mereka perlu lakukan secara konsisten untuk membentu rasa benci rakyat kepada kerajaan memerintah masa kini. Badut-badut ini perlukan angka dan bila angka tertentu mereka capai, kuasa luar yang menunggu akan masuk campur tanpa dapat lagi dihalang. Lagi cepat apabila berlakunya badut maut di lokasi demostrasi.

Anda akan lihat, nauzubillah, kiranya mereka berjaya merampas kuasa melalui jalan jijik ini, cerita 1MDB tiba-tiba hilang dan kisah "mencari MO1" juga akan tiada lagi dan paling gila tiba-tiba kumpulan Bersih yang haram tidak lagi berdemostrasi di jalanraya.

Semoga Allah musnahkan mereka sebelum mereka berjaya hancurkan negara ini, aminn. 




Sobat baru saja selesai membaca :

Dulu Badut "Mencari Bom Nuklear", Kini "Mencari #MO1"

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Dulu Badut "Mencari Bom Nuklear", Kini "Mencari #MO1" dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Dulu Badut "Mencari Bom Nuklear", Kini "Mencari #MO1" link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/08/dulu-badut-mencari-bom-nuklear-kini.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :