Judul : Catalonia Isytihar Merdeka Dari Sepanyol.
link : Catalonia Isytihar Merdeka Dari Sepanyol.
Catalonia Isytihar Merdeka Dari Sepanyol.
MADRID – Ahli Parlimen Catalonia memutuskan untuk mengisytiharkan kemerdekaan daripada Sepanyol semalam ketika Madrid berikrar akan ‘memulihkan undang-undang’ dan memusnahkan usaha pemisahan tersebut.
Parlimen rantau berkenaan di Barcelona meluluskan resolusi untuk mengisytiharkan Catalonia sebuah negara republik yang merdeka ketika beribu-ribu aktivis prokemerdekaan berhimpun di luar bangunan Parlimen.
Usul kemerdekaan itu diluluskan dengan 70 undi menyokong berbanding 10 undi menentang dengan dua ahli Parlimen tidak hadir.
Sementara itu, Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy memberikan tidak balas segera dengan meminta semua rakyat Sepanyol supaya bertenang.
“Undang-undang akan kembali pulih di Catalonia,” katanya di laman Twitter sejurus selepas keputusan kontroversi itu.
Dewan tinggi Parlimen Sepanyol dan Senat mengadakan sidang berasingan pada pukul 10 pagi (waktu tempatan) untuk membincangkan pengaktifan Artikel 155 perlembagaan Sepanyol bagi membolehkan kerajaan pusat menguasai Catalonia.
Rajoy menggesa barisan senator melaksanakan pemerintahan langsung di Catalonia, namun wujud keraguan sama ada warga tempatan akan mematuhi arahan Madrid.
Krisis itu mengundng perpecahan dalam kalangan penduduk Catalonia dan mencetuskan kebimbangan di Sepanyol. Ia mendorong banyak perniagaan keluar dari rantau mewah itu dan mengakibatkan Eropah khuatir masalah Catalonia akan menghidupkan sentimen pemisahan di benua itu.
Rajoy memerlukan kelulusan Dewan Senat yang dikuasai parti pimpinannya, Parti Rakyat untuk memecat kerajaan Catalonia dan melaksanakan pemerintahan langsung Madrid di wilayah autonomi tersebut. – REUTERS
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.
Sobat baru saja selesai membaca :
Catalonia Isytihar Merdeka Dari Sepanyol.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Catalonia Isytihar Merdeka Dari Sepanyol. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Catalonia Isytihar Merdeka Dari Sepanyol. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/10/catalonia-isytihar-merdeka-dari-sepanyol.html