Judul : Tidak Mustahil PAS-DAP Bekerjasama Semula- Ustaz Sallehen
link : Tidak Mustahil PAS-DAP Bekerjasama Semula- Ustaz Sallehen
Tidak Mustahil PAS-DAP Bekerjasama Semula- Ustaz Sallehen
SABAK BERNAM: Pendekatan berpakat tanpa perlu menyertai mana-mana parti politik bukan perkara asing buat PAS, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Sallehen Mukhyi.
Ujarnya, PAS pada Pilihan Raya Umum 2008 sudah mempraktikkan kaedah yang sama sebelum mengikat tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat (PR).
“Pada 2008, PAS jaga kerusi PAS, PKR jaga kerusi PKR dan DAP bertanding kerusi DAP. Kami tidak bergabung dalam satu gagasan pun. Jadi sejarah membuktikan, PAS sudah biasa bergerak sendirian. Jadi kaedah ini bukan baru,” ujar Sallehen dalam temubual secara eksklusif bersama Antarapos.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa tidak semestinya PAS bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menjayakan satu lawan satu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Namun Tuan Ibrahim berkata perkara itu hanya boleh dijayakan apabila parti-parti yang ingin bekerjasama dengannya tidak mengusik kerusi tradisi miliknya.
Mengulas lanjut, Sallehen berkata PAS yang kini bergerak secara sendirian bebas untuk bersama dengan mana-mana pihak selagi dasar dan agenda perjuangann tidak diganggu.
Malah, Sallehen tidak menolak jika PAS kembali mengadakan kerjasama dengan DAP jika parti itu bersedia untuk menerima dasar dan tidak masuk campur urusan partinya.
“Mana tahu…mungkin, jika DAP boleh terima dasar perjuangan Islam yang PAS bawa dan berjanji tak akan mencampuri urusan parti kami, kita boleh kembali adakan tahaluf, misalnyalah,” kata Sallehen yang juga bekas Exco Selangor.
PAS dan DAP sebelum ini berpatah arang, berkerat rotan selepas bercanggah pendapat bersabit pelaksanaan hudud di Kelantan.
DAP menuduh PAS sebagai melanggar konsensus yan ditandatangani bersama antara parti itu, DAP dan PKR.
“Kalau PAS nak bawa isu pelaksanaa hudud di Kelantan, mereka kata PAS langgar konsesus. Tapi kalau DAP mahu buat pilihan raya tempatan di Pulau Pinang, tiada konsesus pun? Kalau PKR mahu buat Langkah Kajang, tidak diberitahu kepada kita (PAS) pun?,” soal Sallehen – AP
Sobat baru saja selesai membaca :
Tidak Mustahil PAS-DAP Bekerjasama Semula- Ustaz Sallehen
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tidak Mustahil PAS-DAP Bekerjasama Semula- Ustaz Sallehen dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Tidak Mustahil PAS-DAP Bekerjasama Semula- Ustaz Sallehen link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/12/tidak-mustahil-pas-dap-bekerjasama.html