DAP Hanya Umpama Tikus. PAS Patut Langkah Mayat 5 Golongan

DAP Hanya Umpama Tikus. PAS Patut Langkah Mayat 5 Golongan - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: DAP Hanya Umpama Tikus. PAS Patut Langkah Mayat 5 Golongan, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : DAP Hanya Umpama Tikus. PAS Patut Langkah Mayat 5 Golongan
link : DAP Hanya Umpama Tikus. PAS Patut Langkah Mayat 5 Golongan

Baca juga


DAP Hanya Umpama Tikus. PAS Patut Langkah Mayat 5 Golongan

Hasil carian imej untuk tikus
Oleh:BayangDiAir 

Penulis mahu merumus bahawa satu sebab saja mengapa DAP berani sanggah Islam. Tak lain tak bukan puncanya adalah kerana umat Islam tidak bersatu, bercerai-berai dan  asyik bertelingkah dalam hal agama mereka sendiri. Bukanlah kerana DAP ada kuasa. Bukanlah kerana DAP ada suara. DAP hanya umpama tikus melihat besi jika umat ini kuat dan bersatu. Berikut adalah sumber-sumber kekuatan a.k.a kebiadapan DAP.

1. PAN
Parti yang kononnya membawa tema ‘rahmatan lil alamin’ ini menjadi galang-ganti bagi DAP dalam menghadapi isu-isu yang berkait dengan umat Islam. DAP tak setuju hudud, PAN kata hudud tak perlu kerana negara belum kondusif. DAP lawan RUU355, PAN kata dia ada RUU alternatif. DAP serang ulama, PAN tepuk tangan.  PAS serang balas, PAN bangkit, DAP duduk diam. Pernahkan ditemukan berita PAN kontradik dengan DAP yang biadap terhadap Islam?

2. PKR
Ini rakan yang boleh bertolak-ansur dengan kehendak DAP dalam hal agama. Sebab itu mereka boleh sebantal sejak Pakatan Rakyat hingga Pakatan Harapan. PKR tak ada agenda negara Islam yang DAP marah. PKR  tak bersedia untuk hudud. PKR ada pendapat sendiri dengan RUU355. PKR tak pernah bising andai DAP nak buat pesta mabuk arak. PKR sendiri pun suka konsert-konsert jemput artis lucah internasional. Pendek kata, citarasa PKR  sama sahaja dengan nafsu sekarah DAP.

3. UMNO
Benar DAP dengan UMNO macam kutub utara dengan kutub selatan. Tapi DAP tahu UMNO berfahaman nasionalis. Sebelum ada PAN dan  PKR , UMNO-lah nombor wahid dalam menentang agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Siapa yang mula-mula tentang hudud kalau bukan UMNO? Siapa yang by hook or by crook tentang agenda negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS? Hingga kini, DAP yakin UMNO tak pernah sealiran dengan PAS dalam bab hudud dan negara Islam ini.

4. ULAMA WAHABI
Ulama yang membawa agenda baru di tanah air kita. Golongan ini gemar menjadikan hal-hal cabang sebagai barang dagangan dan perdebatan. Selagi orang ramai tak ikut kata dan pendapat mereka, selagi itulah mereka membebel. Pandangan-pandangan mereka menjadi punca kekeliruan dalam kalangan umat di negara kita. DAP pantas menyedari dan mengambil kesempatan dari wahabi bertaraf mufti.

5. GOLONGAN ISLAM LIBERAL
Fahaman  golongan ini amat sesuai benar dengan selera DAP. DAP selalu mendakwa bahawa mereka tak menentang Islam. DAP hanya mahu Islam tanpa kuasa. DAP hanya tak suka hudud. DAP hanya tak mahu negara ditadbir ikut jalur Islam. DAP hanya mahu Islam yang tak memusuhi LGBT. DAP mahu kebebasan hak asasi. Maka DAP ada Siti Kassim. DAP ada Zaid Ibrahim. DAP ada golongan liberal lagi munafik yang sealiran dengan mereka.

Hasil carian imej untuk pas lwn dap
DAP amat sedar 60% umat Islam ada dalam UMNO, PKR, PAN dan parti-parti kecil yang lain di Sabah dan Sarawak. Mereka ini sedia melanyak PAS jika PAS bersikap tegar dengan perjuangan Islamnya. Justeru DAP tahu, apabila mereka menentang agenda negara Islam, hudud dan RUU355, umat Islam daripada lima golongan di atas akan bersama-sama mereka. Paling tidaknya golongan tersebut akan menutup mulut dan membiarkan PAS keseorangan memalu gendang. Senyap-senyap mereka  menanti saat untuk menari lenggang.

Mendiang Karpal Singh pernah berkata jika PAS nak buat hudud dan negara Islam langkah mayat dia dulu. Rupa-rupanya mendiang silap. PAS patut langkah mayat lima golongan di atas dulu. 
"
(Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite) Oleh: BayangDiAir)



PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.



Sobat baru saja selesai membaca :

DAP Hanya Umpama Tikus. PAS Patut Langkah Mayat 5 Golongan

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang DAP Hanya Umpama Tikus. PAS Patut Langkah Mayat 5 Golongan dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: DAP Hanya Umpama Tikus. PAS Patut Langkah Mayat 5 Golongan link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/03/dap-hanya-umpama-tikus-pas-patut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :