Judul : 6 Perkara, Bantu Elak Bebankan Rakyat, Khidmat Kesihatan Terbaik. -Presiden PAS
link : 6 Perkara, Bantu Elak Bebankan Rakyat, Khidmat Kesihatan Terbaik. -Presiden PAS
6 Perkara, Bantu Elak Bebankan Rakyat, Khidmat Kesihatan Terbaik. -Presiden PAS
HAJI Abdul Hadi Awang, Presiden PAS membentangkan 6 Perkara ketika mengulas mengenai caj perubatan yang naik (Sah Caj Perubatan Hospital Naik, Tidak Membebankan...).
1. Kualiti perkhidmatan hospital melibatkan rawatan dan perubatan perlu dipertingkat dari masa ke masa hingga mencapai indeks kesihatan yang sejahtera kepada semua rakyat. Lebih-lebih lagi masa ini di mana pembinaan infra hospital terutama pertambahan wad-wad berkaitan dan katil amat mendesak. Juga jumlah doktor dan pakar perubatan khususnya penyakit kronik, perlu diselaraskan dengan kadar pesakit.
2. Sektor kesihatan termasuk perkara dharuriyyat yakni keperluan asas yang wajib menjadi keutamaan dan diberi perhatian penting oleh kerajaan. Negara akan hilang kekuatan, bahkan berhadapan kemungkinan ancaman sekiranya kesihatan rakyat berada pada tahap minima. Maka, pengemaskinian caj rawatan hospital yang baharu diumumkan hendaklah dipertimbang semula.
3. Islam memandang pesakit sebagai golongan yang sedang menerima ujian dan kepayahan di mana menjadi fardu kifayah kepada pihak lain membantu dan mempermudahkan mereka. Wajib didatangkan ikhtiar dan kebajikan agar mereka kembali sembuh dan hidup seperti sedia kala, beribadah dan bekerja yang membolehkan menyumbang kepada kemakmuran negara akhirnya.
4. Apatah lagi rakyat yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan realitinya dari kalangan berpendapatan rendah, bahkan fakir miskin. Tanpa punyai insuran perubatan dan kemampuan kewangan, maka sangat besar kecenderungan dan kerelaan mereka memilih derita kesakitan dari menanggung caj rawatan.
5. Lebih-lebih lagi keperluan mendesak masa kini dengan kos sara hidup, kesan peningkatan harga barang yang melambung sudah cukup menghimpit rutin harian rakyat miskin. Kerana untuk ke hospital juga lazimnya mereka terpaksa menanggung kos lain seperti pengangkutan, mengambil cuti dan seumpamanya.
6. Maka, selami denyut nadi rakyat dan kemukakan alternatif lain agar caj tersebut tidak dinaikkan. Seterusnya kerajaan merangka usaha perkhidmatan kesihatan lebih berkualiti, serta mensasarkan pemansuhan sepenuhnya caj rawatan dan perubatan di masa akan datang.
Insya-Allah perincian mekanisme untuk memenuhi pembiayaan berkaitannya akan PAS utarakan. Kata Presiden PAS Hj Abdul Hadi Awang. (IH)
Sobat baru saja selesai membaca :
6 Perkara, Bantu Elak Bebankan Rakyat, Khidmat Kesihatan Terbaik. -Presiden PAS
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 6 Perkara, Bantu Elak Bebankan Rakyat, Khidmat Kesihatan Terbaik. -Presiden PAS dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: 6 Perkara, Bantu Elak Bebankan Rakyat, Khidmat Kesihatan Terbaik. -Presiden PAS link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/11/6-perkara-bantu-elak-bebankan-rakyat.html