Judul : PDRM Terima Serpihan Telefon Bimbit Dari Thailand
link : PDRM Terima Serpihan Telefon Bimbit Dari Thailand
PDRM Terima Serpihan Telefon Bimbit Dari Thailand
Serpihan telefon bimbit yang terdapat nombor siri SKMM ditemui di Phuket. |
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima serpihan telefon bimbit yang digunakan dalam kejadian letupan bom di Phuket daripada pihak berkuasa Thailand.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menerima serpihan telefon bimbit yang terdapat nombor siri Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), petang Sabtu.
"Kami sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa negara itu (Thailand) dalam membantu siasatan insiden berkenaan," katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatApps di sini, Sabtu malam.
Bernama hari ini melaporkan sumber keselamatan Thailand berkata terdapat nombor siri SKMM pada telefon bimbit itu dan penyiasat Thailand meminta kerjasama Malaysia untuk mengenal pasti asal usul telefon berkenaan.
Serpihan telefon bimbit itu yang mengandungi nombor siri merupakan bukti penting dalam siasatan pihak berkuasa negara ini bagi mengenal pasti dan menjejaki pelaku yang bertanggungjawab terhadap kejadian letupan bom itu, kata sumber itu.
Dalam siri kejadian letupan bom di wilayah-wilayah selatan Thailand, telefon bimbit dijadikan alat untuk mengaktifkan bom-bom buatan sendiri (IED) itu.
Dua butir bom buatan sendiri meletup di pulau peranginan terkenal Phuket pada Jumaat, setiap satu di Patong dan Kathu pada 7.45 pagi (waktu tempatan) dan 8.45 pagi tetapi hanya menyebabkan seorang cedera ringan. -Bernama
-mstar
PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"
Sobat baru saja selesai membaca :
PDRM Terima Serpihan Telefon Bimbit Dari Thailand
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang PDRM Terima Serpihan Telefon Bimbit Dari Thailand dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: PDRM Terima Serpihan Telefon Bimbit Dari Thailand link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/08/pdrm-terima-serpihan-telefon-bimbit.html