Usul Undi Percaya PAS Mahu Pecah Belah PH Dakwa Anwar

Usul Undi Percaya PAS Mahu Pecah Belah PH Dakwa Anwar - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Usul Undi Percaya PAS Mahu Pecah Belah PH Dakwa Anwar, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Usul Undi Percaya PAS Mahu Pecah Belah PH Dakwa Anwar
link : Usul Undi Percaya PAS Mahu Pecah Belah PH Dakwa Anwar

Baca juga


Usul Undi Percaya PAS Mahu Pecah Belah PH Dakwa Anwar


Usul undi percaya PAS bagi menyokong kepimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri adalah usaha untuk memecah belahkan Pakatan Harapan, kata Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu juga berkata usul itu akan gagal dan ia bukanlah perkara serius untuk dibincangkan termasuk dalam mesyuarat PH.

“PAS biasalah. Itu usul PAS, kita tidak anggap itu perkara yang serius. Itu hanya usaha untuk pecah belahkan (PH). Dia akan gagal. Dia gagal dalam pilihan raya dan ini strategi dia, kita tidak akan tertipu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sepetang Alumni Yayasan Anda Akademik.

Anwar menambah, cadangan PAS itu tidak pernah berlaku dalam sejarah di mana pembangkang membawa usul menyokong kepimpinan perdana menteri.

“Dia boleh hamun cerca orang maksima (Mahathir), sekarang dia beri sokongan maksima (Mahathir). Bukan canggung sikit tetapi tidak pernah berlaku dalam sistem demokrasi,” katanya.

Sabtu lalu, PAS mengumumkan ahli Parlimennya akan membawa usul undi percaya pada sidang Dewan Rakyat bulan depan, ekoran “kemelut tak sudah-sudah” yang “mengganggu kestabilan politik dan ekonomi”.

Usul itu akan dibawa pada persidangan 9 Mac hingga 16 Apr depan.

“Kita melihat ada keperluan pada masa ini untuk perdana menteri meneruskan kepimpinannya sehingga tamat penggal”, kata Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man selepas mesyuarat bulanan parti Islam itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata, perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat parti itu.

Beberapa bulan mutakhir ini, beberapa pihak mendesak peralihan kuasa daripada Mahathir kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim. Beberapa ahli Parlimen daripada DAP dan PKR juga mengkritik Mahathir secara terbuka lapor FMT


Sobat baru saja selesai membaca :

Usul Undi Percaya PAS Mahu Pecah Belah PH Dakwa Anwar

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Usul Undi Percaya PAS Mahu Pecah Belah PH Dakwa Anwar dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Usul Undi Percaya PAS Mahu Pecah Belah PH Dakwa Anwar link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2020/02/usul-undi-percaya-pas-mahu-pecah-belah.html

Subscribe to receive free email updates: