Judul : Syabas Salahuddin Ayub! AMANAH Tolak ICERD .
link : Syabas Salahuddin Ayub! AMANAH Tolak ICERD .
Syabas Salahuddin Ayub! AMANAH Tolak ICERD .
WEBLOG Ibnu Hasyim mengucapkan syabas kepada
Datuk Salahuddin Ayub kerana berita ini..
Parti Amanah Negara (AMANAH) menolak cadangan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Timbalan presidennya, Datuk Salahuddin Ayub berkata rakyat Malaysia perlu mempertahankan keharmonian, kesaksamaan dan kehidupan semua kaum di negara ini.
“Apa-apa yang bertentangan dengan perlembagaan dan budaya negara kita tidak boleh terima, kita ada sistem kita sendiri dan kita ada sikap kita sendiri. Apa terkandung dalam perlembagaan akan kita pertahankan.
“Buat masa ini saya rasa majoriti tidak boleh meratifikasi perkara itu (ICERD) dan ada perkara kita perlu lihat secara teliti. Kita harus pertahan apa yang kita rasakan perlu untuk negara,” katanya kepada pemberita selepas program Bicara Minda bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Karangkraf di Shah Alam, hari ini.
Pada 26 Okt lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy dilaporkan berkata kerajaan Persekutuan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia, termasuk ICERD pada suku pertama tahun hadapan.
Namun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kemudian dilapor berkata rundingan melibatkan semua kaum akan dilakukan sebelum meratifikasi ICERD dan mengakui ia bukan perkara mudah memandangkan Malaysia merupakan negara dengan penduduk berbilang kaum dan masing-masing dengan kepentingan tertentu. - Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa itu ICERD?
ICERD adalah singkatan kepada International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum.
ICERD adalah satu instrumen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan hak asasi manusia. Ia berkuat-kuasa ke atas negara-negara yang meraktifikasinya untuk menghapus semua bentuk diskriminasi kaum tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang dibuat negara berkenaan bab-bab tertentu.
Dalam konvensyen ini, istilah 'diskriminasi kaum' bermaksud sebarang perbezaan, pengecualian, sekatan atau keutamaan berdasarkan bangsa, warna, keturunan, atau asal-usul kebangsaan atau etnik yang mempunyai maksud atau kesan membatalkan atau merosakkan pengktirafan, penikmatan dan penggunaan, atas asas yang sama, hak asasi manusia.
Malaysia adalah salah satu daripada 15 negara yang belum lagi meratifikasikan ICERD. Kerajaan sedang mengkaji implikasinya sebelum membuat keputusan. Polemik dan debat keputusan yang wajar berkenaannya sedang hangat dibicara sekarang. (IH)
Sobat baru saja selesai membaca :
Syabas Salahuddin Ayub! AMANAH Tolak ICERD .
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Syabas Salahuddin Ayub! AMANAH Tolak ICERD . dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Syabas Salahuddin Ayub! AMANAH Tolak ICERD . link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/11/syabas-salahuddin-ayub-amanah-tolak.html