Judul : Lagi Tanah Runtuh Di P/Pinang
link : Lagi Tanah Runtuh Di P/Pinang
Lagi Tanah Runtuh Di P/Pinang

BALIK PULAU: Hujan lebat berterusan mengakibatkan satu lagi kejadian tanah runtuh di sepanjang Jalan Balik Lepas-Balik Pulau petang tadi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan, berkata kejadian itu berlaku sekitar jam 5.45 petang di sepanjang laluan FT006 membabitkan jajaran sepanjang 80 meter.
“Kami sedang memantau perkembangan semasa di lokasi kejadian.
“Pengguna jalan raya dinasihat menggunakan laluan alternatif Bukit Baru-Jalan Tun Sardon,” katanya.
Hujan lebat sejak jam 1 tengah hari tadi turut menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di negeri terbabit.
Jumaat lalu, tragedi tanah runtuh projek laluan berkembar lebuhraya di Bukit Kukus di Paya Terubong mengorbankan sembilan nyawa.
Kejadian itu secara kebetulan berlaku dua hari sebelum ulang tahun pertama tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah pada 21 Oktober tahun lalu yang mengorbankan 11 nyawa. (BH)
Sobat baru saja selesai membaca :
Lagi Tanah Runtuh Di P/Pinang
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Lagi Tanah Runtuh Di P/Pinang dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Lagi Tanah Runtuh Di P/Pinang link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/10/lagi-tanah-runtuh-di-ppinang.html