Kenapa Perlu Iktiraf Kemungkaran LGBT? -Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Kenapa Perlu Iktiraf Kemungkaran LGBT? -Dr. Ahmad Sanusi Azmi - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Kenapa Perlu Iktiraf Kemungkaran LGBT? -Dr. Ahmad Sanusi Azmi, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Kenapa Perlu Iktiraf Kemungkaran LGBT? -Dr. Ahmad Sanusi Azmi
link : Kenapa Perlu Iktiraf Kemungkaran LGBT? -Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Baca juga


Kenapa Perlu Iktiraf Kemungkaran LGBT? -Dr. Ahmad Sanusi Azmi




PADA saya pendirian Islam jelas, tiada siapa larang hak pendidikan atau kesihatan warga Malaysia. Apakah golongan LGBT ini dilarang ke sekolah?

Apa yang kita tegaskan adalah larangan pengiktirafan mereka melakukan amalan terlarang secara terang-terangan. Pemahaman tentang larangan melakukan perbuatan LGBT ini turut disokong dengan tindakan Rasulullah ﷺ.
Berhubung perlakuan LGBT ini, Rasulullah ﷺ menegaskan bahawa amalan terkutuk ini adalah perkara yang dilaknat oleh Allah. Sabda Baginda dalam hadith riwayat Imam Ahmad:
لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ
Maksudnya: Allah SWT melaknat mereka yang melakukan perbuatan kaum Nabi Luth.
Menurut al-Imam Ibn al-Jauzi, Rasulullah SAW tidak pernah melaknat pelaku dosa besar sebanyak tiga kali berturut-turut seperti yang dilakukan kepada pelaku homoseksual ini.
Di sini jelas menampakkan ketegasan Baginda ﷺ dalam menangani permasalahan ini. Malah para sahabat yang rapat dengan Rasulullah SAW turut berfahaman bahawa LGBT ini adalah perlakuan yang terlarang.
Juga al-Imam al-Syaukani dan al-Baihaqi meriwayatkan hukuman keras yang dilakukan oleh Khulafa al-Rasyidhin terhadap mereka yang mengamalkan hubungan songsang seperti LGBT ini.
Menurut ulama kontemporari, Yusuf al-Qardawi, tindakan tegas yang dikenakan oleh Syariat Islam ini adalah bagi membersihkan masyarakat daripada budaya yang tidak sihat.
Bahkan perlakuan ini membawa kepada penyebaran penyakit yang tidak diingini. (al-Qardawi, al-Halal wa al-Haram fil Islam)
Rasulullah, para sahabat dan sarjana Islam terdahulu sehinggalah kini berpandangan bahawa konsep hubungan sejenis ini adalah sesuatu yang dilarang berdasarkan ayat al-Quran dan hadith.
Amat menghairankan apabila datang pemikir liberal melayu memberikan penafsiran semula terhadap ayat al-Quran dan hadith dan menghasilkan pemikiran yang bercanggah dengan sunnah Rasulullah.
Moga Allah membimbing kita semua.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
– Nota: Petikan artikel dari laman ISMAweb.net



Sobat baru saja selesai membaca :

Kenapa Perlu Iktiraf Kemungkaran LGBT? -Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kenapa Perlu Iktiraf Kemungkaran LGBT? -Dr. Ahmad Sanusi Azmi dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Kenapa Perlu Iktiraf Kemungkaran LGBT? -Dr. Ahmad Sanusi Azmi link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/08/kenapa-perlu-iktiraf-kemungkaran-lgbt.html

Subscribe to receive free email updates: