Harga Getah Jatuh: 194,571 Penoreh &Pekebun Kecil Terjejas. Ini Cadang PUGBM..

Harga Getah Jatuh: 194,571 Penoreh &Pekebun Kecil Terjejas. Ini Cadang PUGBM.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Harga Getah Jatuh: 194,571 Penoreh &Pekebun Kecil Terjejas. Ini Cadang PUGBM.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Harga Getah Jatuh: 194,571 Penoreh &Pekebun Kecil Terjejas. Ini Cadang PUGBM..
link : Harga Getah Jatuh: 194,571 Penoreh &Pekebun Kecil Terjejas. Ini Cadang PUGBM..

Baca juga


Harga Getah Jatuh: 194,571 Penoreh &Pekebun Kecil Terjejas. Ini Cadang PUGBM..




KUALA LUMPUR – Kira-kira 194,571 pekebun kecil dan penoreh getah di seluruh negara yang mengambil upah mengusahakan kebun milik individu lain merupakan golongan paling terjejas daripada sumber pendapatan akibat penurunan harga komoditi itu.
Presiden Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM), Kameruzaman Ab. Rahman berkata, sekiranya harga getah di paras RM2 sekilogram se­perti yang dihadapi ketika ini, rata-rata golongan pekebun kecil dan penoreh getah itu hanya akan memperoleh pendapatan kira-kira RM450 sebulan.
Sehubungan itu, katanya, PUGBM mencadangkan agar harga lantai getah ditetapkan pada kadar RM3 sekilogram sekali gus dapat membantu meningkatkan pendapatan golongan terbabit selain di­lihat lebih munasabah dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan.
“Purata keluasan kebun yang diusahakan oleh pekebun kecil ini adalah kira-kira dua hektar dengan anggaran pengeluaran getah sebanyak 30 kilogram sehari. Secara purata juga mereka akan mempe­roleh pendapatan sebanyak RM30 sehari selepas dibahagi dua dengan pemilik kebun terbabit dan sekiranya hasil pengeluaran hanya 15 hari dalam sebulan, mereka hanya mampu memperoleh sebanyak RM450 sebulan.
Walaupun harga lantai getah telah ditetapkan pada kadar RM2.20 sekilogram oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) sebelum ini, namun melihatkan kos sara hidup yang semakin meningkat saya rasa wajar kadar tersebut dina­ikkan kepada RM3 sekilogram,” kata­nya ketika dihubu­ngi di sini hari ini.
Semalam, Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Datuk Aliasak Ambia mencadangkan kerajaan menetapkan harga lantai bagi getah sebanyak RM4 sekilogram iaitu harga yang dianggap munasabah memandangkan kos pengeluaran komoditi itu kini mencecah RM3.20 sekilogram.
Dalam pada itu, tambah Kameruzaman, harga lantai getah pada kadar RM4 sekilogram yang dicadangkan oleh Aliasak agak tinggi dan dilihat sukar untuk dilaksanakan oleh kerajaan.
“Secara peribadi saya bersetuju dengan cadangan jumlah tersebut namun realitinya bebanan kewangan yang ditanggung kerajaan ketika ini adalah sangat besar. Oleh itu bagi saya, cada­ngan RM4 sekilogram bagi harga lantai getah itu adalah terlampau tinggi,” katanya.
Sementara itu, tambahnya, bagi menampung kos sara hidup seharian, majoriti golongan pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan sampingan dan tidak hanya menumpukan hasil getah semata-mata.
“Walaupun menyedari harga getah semakin menurun, mereka tetap setia untuk mengambil upah menoreh kerana itulah sumber utama pendapatan, namun bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat, mereka terpaksa membuat kerja-kerja tambahan lain termasuk mengambil upah menebas dan meracun kebun tetapi masih tidak mencukupi,” katanya. – UTUSAN




Sobat baru saja selesai membaca :

Harga Getah Jatuh: 194,571 Penoreh &Pekebun Kecil Terjejas. Ini Cadang PUGBM..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Harga Getah Jatuh: 194,571 Penoreh &Pekebun Kecil Terjejas. Ini Cadang PUGBM.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Harga Getah Jatuh: 194,571 Penoreh &Pekebun Kecil Terjejas. Ini Cadang PUGBM.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/08/harga-getah-jatuh-194571-penoreh-kecil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :