Judul : Siti Nurhaliza Sekat Si Biadap Di Media Sosial. Di Blog I/Hasyim Pun Ada..
link : Siti Nurhaliza Sekat Si Biadap Di Media Sosial. Di Blog I/Hasyim Pun Ada..
Siti Nurhaliza Sekat Si Biadap Di Media Sosial. Di Blog I/Hasyim Pun Ada..

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil pendekatan menyekat pengikut yang bertindak biadap melemparkan pelbagai komen negatif di laman sosial, Instagram (IG).
Menurut Siti, 39, tindakan itu dibuat bagi menjaga keharmonian dan tidak mahu emosinya terbawa-bawa dengan aura negatif pengikut terbabit.
"Kalau komen yang ditinggalkan itu negatif, tetapi membina, saya boleh terima. Selalunya, mereka yang melontarkan komen sebegitu sengaja melakukannya untuk memancing emosi saya.
"Daripada terikut-ikut dengan permainan mereka, lebih baik saya sekat awal-awal. IG saya ibarat rumah dan saya perlu jaga keharmoniannya," katanya kepada BH Online.
Siti berkata demikian sebagai mengulas komen negatif yang diterimanya apabila memuat naik rakaman video anaknya, Siti Aafiyah di spa bayi, baru-baru ini.
Rata-rata netizen menganggap tindakan penyanyi Comel Pipi Merah itu sebagai tidak sesuai dan membahayakan anaknya yang berusia empat bulan itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Siti yang ditemui pada majlis pelancaran Simplysiti Gold Edition di Menara KL, di sini, hari ini turut membataskan perkongsian wajah anaknya di laman sosial atas nasihat suami.
"Kata suami, kalau terlalu kerap muat naik, pasti akan ada yang mengata. Biasalah manusia, tidak semua perkara dilihat dari sudut positif.
"Muat naik benda yang baik sekalipun, pasti akan ada yang mengata. Jadi, Siti ikut saranan suami kerana itu yang terbaik," katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pengikut yang bertindak biadap melemparkan pelbagai komen negatif di laman sosial, Instagram (IG) bukan berlaku kepada Siti saja, juga berlaku di blog ini.
- Blog ini diserang dengan kata-kata lucah yang ekstrem, agak malu nak sebut di sini, tapi boleh diteliti semula di ruangan komen blog ini..
- Kebanyakan isi serangan penyerang tersebut bertaraf sampah tidak ilmiah, memancing emosi, keanak-anakan, dan melihat dari sudut kelompok sempit mereka sahaja.
- Sasaran serangan mereka adalah kumpulan Islam, parti Islam (PAS), kegiatan Islam seperti JAKIM, sekolah tahfiz, sistem kekeluargaan Islam, ekonomi dan segala yang berbau Islam.
- Dipercayai mereka adalah puak-puak muda dari parti pemerintah (PH) sekarang yang dilatih khusus untuk mengusai media sosial.
- Dipercayai juga kumpulan ini terpecah dua. Satu, kumpulan yang mirip ke arah Islam, mereka mengketengahkan pemimpin-pemimpin Islam PKR dan Amanah.
- Kumpulan yang satu lagi, agak anti Islam, banyak membela pemimpin Parti Bersatu, DAP, Ajaran sesat Liberal, LGBT, Kumpulan Harimau Tamil, sosialis, mirip komunis dan yang sejenis dengannya lagi. Puak-puak anti Islam inilah yang mendominsi kebanyakan komen di blog ini.
- Pihak PH dikatakan berjaya merekrut kumpulan fanatik atau taksub yang seakan-akan 'mabuk histeria' mempertahankan pendirian atau 'aqidah ciptaan' mereka, dengan apa cara sekali pun.
- Pemberontakan jiwa mereka ini mula terserlah dalam keluarga mereka, masyarakat, dan negara, yang boleh dilihat melalui tulisan dan ucapan mereka atau pemimpin mereka.

Gambar atas, Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
Bawah, Ibnu Hasyim di Masjid Melayu, Colombo, Sri Lanka.
Sila lihat Ibnu Hasyim:
Sobat baru saja selesai membaca :
Siti Nurhaliza Sekat Si Biadap Di Media Sosial. Di Blog I/Hasyim Pun Ada..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Siti Nurhaliza Sekat Si Biadap Di Media Sosial. Di Blog I/Hasyim Pun Ada.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Siti Nurhaliza Sekat Si Biadap Di Media Sosial. Di Blog I/Hasyim Pun Ada.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/07/siti-nurhaliza-sekat-si-biadap-di-media.html