Judul : P/Pinang Bandar Baharu, Captain Light Menjadi Raja.... -I/Hassyim
link : P/Pinang Bandar Baharu, Captain Light Menjadi Raja.... -I/Hassyim
P/Pinang Bandar Baharu, Captain Light Menjadi Raja.... -I/Hassyim

Catatan Santai Pulau Pinang Siri 1:
TERINGAT aku kepada kampung kelahiran ku, di Balik Pulau, Pulau Pinang. Teringat aku kepada kawan-kawan lamaku di tempat bermain. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain. Aduh!!
Teringat aku kepada panntun Melayu yang dinyanyikan oleh orang Melayu Pulau Pinang dan sebelumnya.. Antaranya yang ku ingat sarikatanya sampai sekarang dinyanyikan ibuku kepadaku kecil-kecil dulu...
Satu:
"Pulau Pinang bandar baharu,
Captain Light menjadi raja
Bagaimana hati tak haru
Melihat bunga kembang seroja."
(pantun empat kerat)
Dan ada juga yang menyanyikan dengan menukar ayat baris ke 3 dan ke 4, kepada..
"Bila ku kenang masa yang lalu,
Jatuh berlinang si air mata."
Mungkin kata-kata yang diajar ibuku itu agak romantik sikit. Tetapi yang mungkin dikawal pemerintah waktu itu, ialah kata-kata pembayang maksudnya iaitu "Captain Light menjadi raja." Itu yang penjajah Inggeris atau bukan Inggeris mahu paksakan ke atas rakyat..
Dua:
Satu lagi pantunnya berbunyi..
"Ram ram pisang
Pisang masak layu,
Jatuh dalam kubang
Sambaq bapak you."
(pantun empat kerat)
Ertinya pisang kalau nak cepat masak perlu digunakan teknologi waktu itu di'ram', seperti disimpan di tempat panas, tong padi dan lain-lain. Ertinya kena berusaha dan berteknoogi tinggi. Kalau hal begini tidak dilakukan, kaum pribumi atau bumiputera akan kalah bersaing. Berakibat, 'Jatuh dalam kubang, akhirnya disambar 'bapak yu'. Yu adalah sejenis ikan ganas.
Siapa yang dimaksudkan 'bapak you'? Itulah pendatang atau keturunan asing bukan Islam atau bukan Melayu. Waktu itu yang dimaksudkan ialah orang seperti Ketua Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, seorang berbangsa Cina dari Parti PAP, yang meranpas Pulau Singapura dari Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu.
Juga orang seperti Dr Lim Chong Eau dari Gerakan (sudah 2 yu iaitu Lee Kuan Yew &Lim Chong Eau- kebetulan), merampas Pulau Pinang dari Dato' Wong Pau Nee, Parti Perikatan (bertukar jadi Parti BN), dan dirampas pula oleh Lim Guan Eng dari Parti DAP (adik beradik PAP yang merampas Singapura).
Tiga:
Satu lagi pantun lagu nyanyian rakyat yang pepular di Pulau Pinang hingga sekarang berbunyi..
"Balik Pulau Bayan Lepas,
Sana tepelau sini terlepas."
(pantun dua kerat)
Ertiya, inilah yang berlaku di Pulau Pinang. Lihat ke sana ke Balik Pulau, tempat benteng terakhir hartanah orang Melayu di pulau (tidak termasuk Seperang Perai), Orang Melayu/Islam 'tepelau' atau bagaikan terpulau. Lihat di sini atau di Bayan Lepas, semua miliknya sudah terlepas.
Bagaikan seseorang sedang melangut jauh dengannya tangannya memicit dahi, menyesali se ekor burung bayan yang dimilikinya sudah terlepas. Tak dapat ditangkap lagi. Yang akhirnya tempat itu disebut Bayan Lepas.

Burung Bayan.
Aku ngelamun teringat begini, setelah aku terbaca tulisan sahabatku Subky Latif dalam HarakahDaily 'Tanjung bagi Pulau Pinang dicadang tahun 1965' 22/6/2018. Menarik tulisannya.
Tulis Hj Subki..
[PROFFESOR Datuk Murad Merican dari USM dalam tulisannya di Sinar Harian menyarankan Pulau Pinang dikenang dengan sejarahnya yang sudah bermula seawal tahun 1734 lagi berdasarkan Masjid Jamek Batu Uban dibina tahun itu, 52 tahun sebelum British mengambil kuasanya dari Kedah tahun 1786.
Sudah ada tamadun Melayu/Islam di pulau itu masa itu. Jika tidak masakan boleh dibina di situ masa itu?
Jika nama Dr. Lim Chong Eu dan Karpal Singh boleh diabadikan bagi jalan dan lokasi tertentu, tanyanya, mengapa nama orang awal mendiaminya seperti Haji Muhammad Saleh @ Nakoda Nan Intan dan lain-lain sebelum kedatangan Kaptan Francis Light ke situ.
Lalu Prof Datuk Murad mencadangkan nama Bandar Georgetown dikembalikan kepada nama asalnya Tanjung atau Tanjung Penaga. Bukan demi menafikan kewujudan majoriti besar penduduk Cina di negeri itu sekarang tetapi semata-mata sebagai pengiktirafan sejarah seperti yang diinginkan oleh UNESCO.
Sebaik merdeka kita ubah kota yang memakai nama penjajah kepada nama tempatan seperti Port Swettenham kepada Pelabuhan Klang dan Jeselton kepada Kota Kinabalu dan lain-lain. Maka Dr.Murad suka Tanjung digantikan bagi Georgetown kerana nama asal sejarahnya.
Saranan beliau bukan yang pertama. Kami dari Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan Pulau Pinang sudah cadangkan nama itu tahun 1965. Haji Sulaiman Palestin, Speaker Pulau Pinang dalam kenyataan medianya mencadangkan agar tahun 1966 dijadikan tahun peralihan penggunaan bahasa kebangsaan sebelum ia dirasmikan tahun 1967 seperti yang disetujui oleh perlembagaan iaitu Bahasa Melayu akan jadi bahasa rasmi sepuluh tahun selepas merdeka.
Rang usul itu dibentangkan di Dun Pulau Pinang oleh Adun Ismail Hashim dari Sungai Dua, Bayan Lepas dan diluluskan.
Menjelang pembentangan itu beberapa orang peminat bahasa diketuai oleh Cikgu Mohd Nor, mantan Yang Dipertua Agung Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung dan mantan Ahli Majlis Tertinggi Umno menubuhkan badan ad-hoc Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan Pulau Pinang. Saya jadi ahli. Anggota lain ialah Harun Hasan, wartawan kanan Utusan Melayu di Pulau Pinang dan setiausahanya Zakri Abadi. Beberapa yang lain saya tidak ingat.
Antara yang kami putuskan ialah menamakan semula Bandaraya Pulau Pinang kepada Tanjung. Sekalipun British menamakan bandar itu Georgetown, nama Raja Inggeris masa Pulau Pinang diambil tetapi semua orang memanggilnya Tanjung. Penduduk Cina yang mulai ramai itu sendiri menyebutnya Tanjung. Pejabat kerajaan saja memakai Georgetown.
Apabila Pulau Pinang diisytiharkan bandaraya sebelun merdeka ia dipanggil Bandaraya Pulau Pinang. Saya tidak ingat ia dipanggil Bandaraya Georgetown. Semua Datuk Bandar yang dipilih dipanggil Datuk Bandar Pulau Pinang. Pilihan raya ahli majlis bandaraya pulau diketahui dengan pilihan raya Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Bila kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Wong Pau Nee mengambil alih kuasa Majlis Bandaraya untuk ditadbir oleh kerajaan negeri iaitu disebut Dewan Bandaraya Pulau Pinang. Georgetown tidak diguna langsung.
Saya tidak tahu apa Cikgu Mohd Nor buat atas keputusan menamakan semula sebagai Tanjung kerana saya pindah ke Kuala Lumpur. Demikian juga Harun Hasan dan Zakri Abadi. Adakah Tan Sri Yusuf Latif Setiausaha Politik Ketua Menteri masa itu tahu hal itu?
Apabila Gerakan mengambil alih kerajaan Pulau Pinang, Lim Chong Eu sebagai Ketua Menteri dan Haji Ahmad Badawi, Timbalan Ketua Menteri, Bandaraya Pulau Pinang jadi Georgetown semula. Tanjung tidak diketahui lagi. – HARAKAHDAILY 22/6/2018]
Demikianlah cerita Subky Latif dalam usaha-usaha memertabat dan mendaulatkan bahasa Melayu/bahasa kebangsaan, bahasa pribumi di negara ini.
Bersambung Insya Allah!
Tanjung, Pulau Pinang.
28/6/2018.
E-Buku IH-111 C/Santai (Minda) IH Mulai Okt 2015
Sobat baru saja selesai membaca :
P/Pinang Bandar Baharu, Captain Light Menjadi Raja.... -I/Hassyim
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang P/Pinang Bandar Baharu, Captain Light Menjadi Raja.... -I/Hassyim dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: P/Pinang Bandar Baharu, Captain Light Menjadi Raja.... -I/Hassyim link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/07/ppinang-bandar-baharu-captain-light.html