Judul : Guan Eng Patut Minta Maaf - Tun Hanif Omar
link : Guan Eng Patut Minta Maaf - Tun Hanif Omar
Guan Eng Patut Minta Maaf - Tun Hanif Omar
PUTRAJAYA: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dituntut untuk memohon maaf kerana menggunakan bahasa selain Bahasa Kebangsaan dalam kenyataan rasmi kementerian berkenaan.
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar berkata, perkara berkenaan perlu dilakukan kerana Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mengakui perbuatan tersebut sebagai satu kesilapan.
“Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang dikhususkan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum, tiada bahasa lain, bahasa adalah jiwa bangsa.
“Kalau menteri langgar, itu harus ditentang, dia telah mengangkat sumpah untuk mempertahankan perlembagaan negara.
“Kita kena bantah supaya dia sedar, supaya dia kembali ke pangkal jalan,” katanya kepada pemberita ketika demonstrasi aman di hadapan Masjid Putra di sini hari ini.
Beliau bersama-sama tokoh-tokoh terkemuka negara yang lain bakal menyerahkan memorandum bantahan berkenaan ke Kementerian Kewangan di sini.
- UTUSAN ONLINE
Sobat baru saja selesai membaca :
Guan Eng Patut Minta Maaf - Tun Hanif Omar
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Guan Eng Patut Minta Maaf - Tun Hanif Omar dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Guan Eng Patut Minta Maaf - Tun Hanif Omar link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/07/guan-eng-patut-minta-maaf-tun-hanif-omar.html