Judul : Sanggup PH Khianat Syuhada Memali?
link : Sanggup PH Khianat Syuhada Memali?
Sanggup PH Khianat Syuhada Memali?

MENGEJUTKAN betul kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini tentang ahli dan penyokong PAS yang terbunuh dalam insiden Memali di Baling, Kedah pada 1985.
Dalam ceramah di Putrajaya bersama mereka yang pernah mengecam dan mempertanggungjawabkan beliau atas insiden itu, Mahathir mempersalahkan Datuk Seri Guru Abdul Hadi Awang.
Katanya, kejadian itu berpunca daripada “Amanat Haji Hadi” yang menyebabkan berlaku kafir-mengkafir sesama orang Islam.
“Amanat Haji Hadi ringkasnya menyuruh orang dia (PAS) supaya membunuh pegawai kerajaan, kononnya kerajaan kafir dan sebab itu dia menentang kerajaan kafir.
“Kononnya orang dia (PAS) yang mati dalam melawan kerajaan kafir ini akan mati syahid. Tragedi di Memali, mereka menembak mati empat orang polis dan selepas itu baru polis membalas balik dan mereka mati juga seramai 14 orang. Bukan mati syahid, mati katak,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Dendam Mahathir pada Abdul Hadi kerana politik dan terbaharu kerana tidak mahu bekerjasama menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak nampaknya terus membara.
Mahathir menunjukkan permusuhannya pada Abdul Hadi dan parti PAS kerana tidak bersama PH menentang Barisan Nasional (BN).
Inilah yang menjadi punca beliau menggunakan istilah “mati katak” hingga mengguris perasaan keluarga mangsa insiden Memali.
Beliau memilih kata mati katak kerana menolak fahaman Islam yang dibawa oleh PAS dan menganggapnya sebagai sesat.
Mahathir tidak percaya yang mangsa Memali mati syahid dan beliau tetap dengan pendiriannya bahawa mereka mati katak.
Beliau seperti dijangka meminta maaf dan akan melawat Memali untuk meredakan kemarahan, tetapi inilah pemikiran Islam Mahathir.
Beliau hanya memahami Islam menurut pemikirannya sendiri, yang sekepala dengan Kassim Ahmad menolak hadis dan menuntut kitab al-Quran ditafsir semula.
Sebenarnya ramai bekas ahli PAS dalam Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang turut sama terkejut dengan kenyataan Mahathir itu.
Bagaimanapun, kerana sekarang Mahathir telah disucikan, mereka sekadar tergamam tidak dapat berkata apa-apa.
Sekarang terpaksalah mereka usung Mahathir ke Kedah untuk melakukan “damage control” supaya PPBM yang bercita-cita menawan Kedah tidak bungkus pada PRU14.
Kalau bungkus, susahlah anak beliau Datuk Seri Mukhriz Mahathir hendak memastikan tempat dalam masa depan politik negara.
Bagi bekas-bekas PAS dalam PH, tergamak mereka terus mengangkat bekas PM yang bertanggungjawab dalam insiden tahun 1985 itu.
Di mulut mereka tidak lekang nama Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetapi dalam amalan, mereka setia dengan musuh politik Almarhum Nik Aziz.
Sia-sia sahaja mengusung anak Almarhum, Nik Omar Nik Abdul Aziz dan mengusung sentimen Almarhum ke sana-sini tetapi mengkhianati dengan tunduk kepada musuh yang telah menghina perjuangan Almarhum.
Pemimpin-pemimpin PH cuba menenggelamkan isu penghinaan Mahathir terhadap mangsa Memali dengan mengatakan apa yang lebih penting ialah jatuhkan BN terlebih dahulu.
Malangnya, mereka menunjukkan yang pilihan lainnya ialah kumpulan mereka yang mengumpulkan segala puak yang gila kuasa. – Mynewshub.cc
Sobat baru saja selesai membaca :
Sanggup PH Khianat Syuhada Memali?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Sanggup PH Khianat Syuhada Memali? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Sanggup PH Khianat Syuhada Memali? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/05/sanggup-ph-khianat-syuhada-memali.html