Judul : Di Ambang K'jaan PH, Kes Khalwat Begini Bolehkah Dikurangi, Dikantoikan?
link : Di Ambang K'jaan PH, Kes Khalwat Begini Bolehkah Dikurangi, Dikantoikan?
Di Ambang K'jaan PH, Kes Khalwat Begini Bolehkah Dikurangi, Dikantoikan?
Pasangan ditahan dalam serbuan yang dijalankan secara bersepadu sekitar lokasi tumpuan Daerah Kuala Muda
SUNGAI PETANI – Tindakan seorang lelaki yang cuba keluar dari bilik pasangannya di sebuah hotel bajet di Bedong bagaimanapun tidak mampu menyelamatkannya apabila helahnya disedari anggota penguatkuasa yang melakukan serbuan.
Tindakannya yang secara tiba-tiba mahu menggunakan kemudahan lif dilihat mencurigakan menyebabkan dirinya disoal-siasat anggota penguatkuasa yang terlebih dahulu membuat pemeriksaan ke atas bilik lain.
Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Syeikh Dr Hazizan Md Desa berkata, kedua-duanya disiasat dan diberikan notis mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 iaitu berkelakuan tidak sopan.
Akibat kesalahan itu, kedua-duanya boleh dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Menurutnya, serbuan dilakukan 60 anggota dari pelbagai agensi termasuk dibantu Agensi Antidadah Kebangsaan, Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah, Cawangan Penyiasatan Khas dan Pejabat Agama Daerah Yan.
Operasi diketuai Penguatkuasa Agama, Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin. Dalam operasi sama, empat pasangan lagi ditahan di beberapa lokasi serbuan termasuk hotel bajet dan tempat rekreasi sekitar Semeling, Sungai Petani dan Bedong.
Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 iaitu berkhalwat.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Dalam perkembangan sama, beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling serta saling mengambil berat antara satu sama lain.
Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian boleh menyalurkannya kepada jawatankuasa masjid atau pejabat agama untuk membendung perkara itu. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di ambang kerajaan baru PH, mampukah kes-kes khalwat begini dan sejenis dengannya dikurangi atau dikantoikan?
Sobat baru saja selesai membaca :
Di Ambang K'jaan PH, Kes Khalwat Begini Bolehkah Dikurangi, Dikantoikan?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Di Ambang K'jaan PH, Kes Khalwat Begini Bolehkah Dikurangi, Dikantoikan? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Di Ambang K'jaan PH, Kes Khalwat Begini Bolehkah Dikurangi, Dikantoikan? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/05/di-ambang-kjaan-ph-kes-khalwat-begini.html