Tindakan Tak Wajar &Tak Bertamadun LGE..-Lagu ABC

Tindakan Tak Wajar &Tak Bertamadun LGE..-Lagu ABC - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Tindakan Tak Wajar &Tak Bertamadun LGE..-Lagu ABC, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Tindakan Tak Wajar &Tak Bertamadun LGE..-Lagu ABC
link : Tindakan Tak Wajar &Tak Bertamadun LGE..-Lagu ABC

Baca juga


Tindakan Tak Wajar &Tak Bertamadun LGE..-Lagu ABC


TEMERLOH – Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyanyikan lagu ABC yang didakwa menyindir kerajaan dan membawa mesej politik disifatkan sebagai tidak wajar dan tidak bertamadun.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan seorang dewasa yang dianggap sebagai cerdik pandai kepada golongan kanak-kanak.
“Sepatutnya kanak-kanak tidak dilibatkan dalam pertelingkahan politik khususnya pada usia kita perlu mengajar mereka nilai murni hormat-menghormati dan saling menyayangi.
“Kita tidak boleh bertoleransi dengan tindakan ini… ini melihatkan tahap sebenar pemikiran mereka dan harap rakyat matang dalam menilai perbuatan mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Sharkar ditemui pada majlis pelancaran Tuisyen Rakyat@KKLW di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di sini hari ini, yang dirasmikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang mendakwa Lim mengajar lagu ABC kepada sekumpulan kanak-kanak dengan lirik yang menghina kerajaan dengan menyebut GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) dan 1MDB (1Malaysia Development Berhad).
Laporan itu menyebut Lim yang juga Setiausaha Agung DAP membawa sendiri cakera padat (CD) pada program yang didakwa dilakukan pada majlis perasmian pusat tuisyen di Pulau Pinang.
Sementara itu, Ismail Sabri pula mempersoalkan sama ada pembangkang begitu terdesak sehingga perlu memasukkan elemen politik ke dalam program pembelajaran kanak-kanak tadika.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah berkelakuan sebegitu meskipun di bawah kementerian beliau terdapat lebih 11,000 tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).
“Jika kita berpolitik, jangan libatkan kanak-kanak. Mereka ini masih terlalu muda untuk dilibatkan dalam perbalahan atau caci maki politik.
“Tadika adalah tempat untuk kita menerapkan nilai murni dalam diri kanak-kanak,” katanya. – BERNAMA
Kembalilah kepada Islam.
UNDILAH PAS dalam PRU14
 
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 




Sobat baru saja selesai membaca :

Tindakan Tak Wajar &Tak Bertamadun LGE..-Lagu ABC

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tindakan Tak Wajar &Tak Bertamadun LGE..-Lagu ABC dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Tindakan Tak Wajar &Tak Bertamadun LGE..-Lagu ABC link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/03/tindakan-tak-wajar-bertamadun-lge-lagu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :