Judul : Ini Wajah Sebenar Pakatan DAP, RUU 355 Serlahkan!
link : Ini Wajah Sebenar Pakatan DAP, RUU 355 Serlahkan!
Ini Wajah Sebenar Pakatan DAP, RUU 355 Serlahkan!
AIDCNews -03/03/18 –Usul Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 6 April tahun lalu menyerlahkan wajah sebenar Pakatan DAP.
Ketika itu Pakatan Harapan (PH) dianggotai 4 parti; DAP (37 Ahli Parlimen), PKR (30), Amanah (6) dan PPBM (1) yang di atas kertasnya Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Sebaik sahaja Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi peluang Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang membentangkan usul RUU355, orang pertama yang bangkit menggangu adalah Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang.
Ia diikuti dengan Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo.
Seterusnya, bantahan DAP itu disokong oleh Ahli Parlimen PKR Gopeng, Lee Boon Chye dan Ahli Parlimen PKR Alor Setar, Gooi Hsiao Leung.
Pada awalnya Ahli-Ahli Parlimen Amanah hanya menjadi pemerhati sahaja, namun apabila Ahli Parlimen DAP dan PKR bergilir-gilir membantah, akhirnya tampil pula Ahli Parlimen Amanah Shah Alam, Khalid Abdul Samad sebagai tukang sorak.
PPBM yang mempunyai seorang Ahli Parlimen, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahli Parlimen Pagoh hanya mendiamkan diri sahaja.
Kira-kira 35 minit masa Dewan Rakyat dibazirkan sebelum Abdul Hadi berjaya membentangkan usul RUU355 tersebut.
Secara tersurat, usul RUU 335 mendedahkan wajah sebenar Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh DAP dengan dibantu oleh sekutu rapatnya, PKR. Manakala Amanah dan PPBM hanyalah pengikut sahaja.
Ini bersesuaian dengan kedudukan bilangan kerusi Ahli Parlimen; DAP (37), PKR (30), Amanah (6) dan PPBM (1).
Sebagaimana strategi DAP mempotretkan Presiden PKR, Wan Azizah sebagai Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, walhal Kit Siang sebenar Ketua Pembangkang sebenar berdasarkan bilangan kerusi yang dimiliki parti majoriti kaum Cina itu.
Kini, DAP menukar strategi dengan menurunkan Wan Azizah sebagai Pengerusi PH dan menobatkan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi PH dan calon Perdana Menteri bagi gabungan itu.
Walhal, PPBM merupakan parti paling junior dalam PH dan Dr Mahathir bukan merupakan Ahli Parlimen serta status quo; DAP (37), PKR (30), Amanah (6) dan PPBM (1) masih kekal dalam Dewan Rakyat.
Inilah strategi utama DAP, walaupun memiliki kerusi paling majoriti di Dewan Rakyat tetapi mengumpankan muka Melayu-Islam sebagai Pengerusi PH, Ketua Pembangkang dan bakal calon PM untuk mengelabui undi masyarakat Melayu-Islam.
Barangkali Kit Siang sudah mencongak dengan strategi itu yang untung selepas PRU 14 bukannya PPBM atau Amanah, tetapi DAP dan PKR.
IKLAN
Boleh walau Bukan Warga Malaysia
Dikehendaki Segera!!
Tukang Gunting Rambut Lelaki
Dikehendaki Segera!!
Tukang Gunting Rambut Lelaki
-Berpegalaman mengunting rambut lelaki pelbagai usia.
-Pendapatan basic komisen boleh dirunding.
-Disiplin, jujur dan amanah amat diutamakan.
-Ciri-ciri tambahan, berketerampilan kemas dan mudah mesra.
Kelebihan / Kemudahan
- Majikan yang prihatin
- komisyen dan gaji terjamin.
- lokasi Kedai yang bersih,selesa dan menarik dikelilingi
oleh ramai penduduk.
- Berdekatan dengan Surau dan kedai makan.
- kedai berhawa dingin.
Boleh bukan warga Malaysia.
Lokasi : Cheras, Selangor.
Hubungi:
Muaz;:
Sila hubungi..
018 2018342
011 33111321
018 2018342
011 33111321
Sobat baru saja selesai membaca :
Ini Wajah Sebenar Pakatan DAP, RUU 355 Serlahkan!
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Ini Wajah Sebenar Pakatan DAP, RUU 355 Serlahkan! dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Ini Wajah Sebenar Pakatan DAP, RUU 355 Serlahkan! link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/03/ini-wajah-sebenar-pakatan-dap-ruu-355.html