Judul : Benarkah Penyanyi Yuna Alami Gangguan Seksual?
link : Benarkah Penyanyi Yuna Alami Gangguan Seksual?
Benarkah Penyanyi Yuna Alami Gangguan Seksual?

HALAMAN HIBURAN
DIKATAKAN gangguan seksual dalam talian bukanlah satu perkara yang boleh dipandang enteng oleh orang ramai. Ini kerana gangguan ini dibimbangi boleh menjadi semakin parah jika tindakan sewajarnya tidak diambil dengan segera.
Perkara ini terpaksa dihadapi penyanyi, Yuna apabila menulis di laman Twitternya bahawa dia telah menerima gangguan seksual di media sosial Instagram sejak lebih setengah tahun lalu.
Justeru, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, meminta bantuan Instagram untuk melakukan sesuatu setelah mati akal memandangkan pelaku tersebut kembali mengganggunya walaupun sudah banyak kali disekat.

“Hey @Instagram, saya telah diganggu seseorang tak dikenali, individu itu sudah mengganggu saya dengan pelbagai komen berunsur seksual selama setengah tahun sekarang.
“Saya telah membuat laporan berkenaan komen dan akaun miliknya kepada anda, tetapi orang ini masih kembali menggunakan akaun baru. Tolong saya, saya dah sekat akaunnya 10 kali,” tulisnya di Twitter.
Dalam perkongsiannya yang kedua, Yuna menjelaskan bahawa dia telah mengikuti langkah-langkah bagi mengekang perkara itu, namun ia masih berlaku sehingga kini.
“Tolong @Instagram bantu saya tamatkan serangan seksual dalam talian! Ada emel tertentu saya boleh hantar gambar atau tangkap skrin mengenai serangan itu?
“Saya sudah mengikut segala langkah yang disuruh pusat bantuan kamu, namun pemangsa ini terus kembali. Meskipun saya sudah sekat dia lebih 10 kali, dia kembali dengan akaun baru.
“Individu itu sudah mengganggu saya dengan pelbagai komen berunsur seksual selama setengah tahun sekarang,” katanya yang nyata kecewa dengan perkara tersebut.
Yuna bagaimanapun ketika dihubungi pihak media tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai gangguan tersebut buat masa ini.
“Saya tidak mahu komen apa-apa buat masa ini untuk tujuan keselamatan,” komen Yuna yang disampaikan menerusi pengurusnya, Nor Zaina Wardah atau Wawa.
Pada Januari lalu, Yuna baru sahaja melangsungkan pernikahannya bersama jejaka pilihannya, Adam Sinclair dengan majlis tersebut diadakan di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.
Penyanyi yang sudah menempa nama di Amerika Syarikat itu berpangkalan di Los Angeles, dan kembali ke sana awal bulan ini selepas selesai dengan beberapa resepsi perkahwinannya, baru-baru ini.
Soalnya adakah benarkah Yuna yang baru berkahwin itu mengalami gangguan seksual? Atau hanya dalam proses promosi diri?
Kembalilah kepada Islam.
UNDILAH PAS dalam PRU14
Lihat juga..
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
Sobat baru saja selesai membaca :
Benarkah Penyanyi Yuna Alami Gangguan Seksual?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Benarkah Penyanyi Yuna Alami Gangguan Seksual? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Benarkah Penyanyi Yuna Alami Gangguan Seksual? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/03/benarkah-penyanyi-yuna-alami-gangguan.html