Judul : Air: Lemahnya Tadbiran S'gor, Speaker DUN Salahkan Splash ..
link : Air: Lemahnya Tadbiran S'gor, Speaker DUN Salahkan Splash ..
Air: Lemahnya Tadbiran S'gor, Speaker DUN Salahkan Splash ..
SHAH ALAM – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh mendakwa Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) yang bersalah dan menyebabkan ramai rakyat Selangor menderita tiada bekalan air sejak beberapa hari lalu.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Subang Jaya mendakwa, Splash gagal memberi maklumat mengenai status kerja pembaikan bekalan air yang dilaksanakan hingga menjejaskan rutin harian isi rumah dan operasi perniagaan
“Loji rawatan air SSP3 diuruskan oleh Splash. Splash telah dianugerahkan konsesi selama 30 tahun oleh kerajaan Selangor pada Januari 2000 untuk membina, mengendali dan menyelenggara SSP3.
“Perniagaan utamanya ialah pengeluaran air terawat yang dijual secara pukal ke Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Hannah berkata, Splash sepatutnya memiliki kelengkapan yang lengkap untuk menangani insiden tersebut.
Justeru, katanya, Splash harus bertanggungjawab atas kegagalan mereka dan membayangkan kerajaan Selangor tiada kaitan dalam masalah bekalan air tersebut.
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor telah lama digesa menyelesaikan isu bekalan air untuk rakyat negeri itu khususnya dalam soal pengambilalihan Splash.
Kerajaan Selangor semasa ditadbir bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun pernah menawarkan RM250.6 juta untuk mengambil alih Splash.
Penggantinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali namun didakwa mahu membayar pengambilalihan ekuiti Splash berjumlah RM2.975 bilion iaitu 10 kali ganda lebih tinggi daripada tawaran asal sebanyak RM250.6 juta.
Isu tersebut menjadi kontroversi kerana dilihat ada unsur ketidaktelusan menyebabkan pengambilalihan ekuiti Splash belum dapat dilengkapkan hingga hari ini.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi bukti lemahnya pentadbiran Selangor di bawah PKR. Cuba PAS dalam PRU14 pula, membawa pentadbiran cara Islam di Selangor.
UNDILAH PAS dalam PRU14
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
Sobat baru saja selesai membaca :
Air: Lemahnya Tadbiran S'gor, Speaker DUN Salahkan Splash ..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Air: Lemahnya Tadbiran S'gor, Speaker DUN Salahkan Splash .. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Air: Lemahnya Tadbiran S'gor, Speaker DUN Salahkan Splash .. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/03/air-lemahnya-tadbiran-sgor-speaker-dun.html