Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), Pasukan Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) serta Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

Menurutnya, kesemua GRO yang ditahan itu merupakan warganegara Thailand, Myanmar, Laos dan China berusia antara 30 hingga 37 tahun.

“Turut ditahan tiga lelaki warga tempatan yang bertugas sebagai penjaga kaunter serta dua lagi pekerja warga asing.
“Selain tangkapan, saringan air kencing juga mendapati tiga pengunjung dan seorang GRO didapati positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Selain tangkapan katanya, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM9,835, tujuh botol minuman keras, pelbagai peralatan muzik serta dua selempang tertera nilai RM300.
Jelas Rohaimi, kesemua tangkapan itu dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk siasatan lanjut. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 55 (b) Akta Imigresen, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen, Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 29 Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992. 
- UTUSAN ONLINE

Komen Weblog Ibnu Hasym: Bagaimana jalan penyelesaian perkara di atas? Kembalilah kepada seluruh cara hidup Islam, yang di dalamnya ada sistem perundangan, ekonomi, kemasyarakatan dan politik.
Bagaimana mengundi atau berpolitik dalam Islam? Pilihlah kumpulan, jamaah atau parti Islam seperti yang diperintah SWT.

UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS