Judul : Tidak Sesekali Benarkan Anak Murtad -Mualaf Izwan Abdullah Pula.
link : Tidak Sesekali Benarkan Anak Murtad -Mualaf Izwan Abdullah Pula.
Tidak Sesekali Benarkan Anak Murtad -Mualaf Izwan Abdullah Pula.
Berkaitan isu penukaran agama anak-anak M Indira Ghandi, suaminya Mualaf, Izwan Abdullah, 35, yang sebelum ini pernah terlibat dalam pertikaian penjagaan anak dengan bekas isterinya, S Deepa yang beragama Hindu berkata bahawa, dia tidak akan sesekali membenarkan anak-anaknya murtad dan menegaskan isu yang dihadapinya berbeza dengan M Indira Ghandi.
“Ia (sesuatu yang) tidak boleh diterima langsung untuk menjadikan anak lelaki saya murtad.” “Kami (Izwan dan Deepa) masing-masing sudah mempunyai keluarga (baru) dan saya harap masyarakat tidak akan mengaitkan kes kami dengan kes Indira.
Menurut sumber, Deepa juga baik dengan isteri yang saya nikahi pada tahun 2014. Mereka kerap berhubung melalui WhatsApp dan bercakap dengan satu sama lain.” Kata Izwan yang menukarkan agama anak-anaknya kepada Islam tanpa pengetahuan isterinya pada tahun 2013, anak-anaknya, Nurul Nabila, yang kini 12 tahun dan Nabil, 10 tahun perlu dibenarkan untuk memilih agama yang mereka mahu anuti.
Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Md Raus Sharif sebelum ini memutuskan bahawa hak penjagaan anak lelaki diberi kepada Izwan Abdullah manakala anak perempuan diserahkan kepada S Deepa, selepas mendengar sendiri kemahuan kedua anak itu.
Menyentuh topik mengenai anak-anaknya, Izwan berkata bahawa beliau dan Deepa saling melawat anak-anak yang dijaga seperti yang telah diperintahkan mahkamah.
Tambahnya lagi, anak lelakinya, Nabil yang duduk bersamanya dan mempraktikkan cara hidup Islam sudah hampir khatam Al-Quran.
Beliau juga kerap berhubung dengan Nabila, yang dijaga bekas isterinya walaupun kali terakhir mereka berjumpa adalah tahun lepas kerana Nabila kemudiannya berpindah ke Johor Bahru bersama Deepa.
“Saya dan Deepa akan sentiasa menjadi ibu dan bapa kepada Nabil dan Nabila. Kami amat menyayangi anak-anak kami. (Oleh itu) saya tidak mahu anak-anak saya melalui proses mahkamah sekali lagi.”
Umat Islam meluahkan kekecewaan selepas keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini membatalkan pengislaman ketiga-tiga anak M Indira Gandhi oleh bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah. (PRU14.TV/IH)
UNDILAH PAS.

Hanya PAS sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan cara hidup Islam?
Sobat baru saja selesai membaca :
Tidak Sesekali Benarkan Anak Murtad -Mualaf Izwan Abdullah Pula.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tidak Sesekali Benarkan Anak Murtad -Mualaf Izwan Abdullah Pula. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Tidak Sesekali Benarkan Anak Murtad -Mualaf Izwan Abdullah Pula. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/02/tidak-sesekali-benarkan-anak-murtad.html