Harakahdaily Busuk Hati Kata Ketua Penerangan UMNO

Harakahdaily Busuk Hati Kata Ketua Penerangan UMNO - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Harakahdaily Busuk Hati Kata Ketua Penerangan UMNO, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Harakahdaily Busuk Hati Kata Ketua Penerangan UMNO
link : Harakahdaily Busuk Hati Kata Ketua Penerangan UMNO

Baca juga


Harakahdaily Busuk Hati Kata Ketua Penerangan UMNO


Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa menyifatkan portal lidah rasmi PAS sebagai “busuk hati” kerana menyiarkan dakwaan sentiasa berlaku khalwat ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU).



Annuar berkata tindakan Harakahdaily menarik balik berita tersebut juga dengan sendirinya memalukan diri sendiri.

“Perkara itu memalukan diri sendiri. “Kita kalau buat berita kena ada kualiti, rakyat yang membaca berita bukan semua macam kita orang politik, mereka boleh menilai.

“Jadi bila buat posting benda tak munasabah nampak sangat hati itu busuk tapi, tak menguntungkan,” katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017, hari ini.

Annuar diminta mengulas tindakan Harakahdaily yang menarik baik berita dakwaan bekas ketua Puteri Umno Klang Wan Ashima Kamaruddin bahawa berlakunya kegiatan maksiat ketika PAU. 

Timbalan Ketua Pengarang Harakahdaily Azmi Yusof memberitahu berita itu ditarik balik kerana dakwaan tersebut datangnya dari Wan Ashima, bukannya PAS.

Azmi juga berkata pihaknya terlepas pandang secara teknikal dalam pemilihan berita menyebabkan ia perlu ditarik balik.

Annuar ketika ditanya sama ada Harakahdaily perlu membuat permohonan maaf berkata ringkas: “Tak perlu komen”.

Annuar turut berkata Harakahdaily tidak mengikut prinsip agama kerana menyiarkan berita berunsur fitnah tanpa asas yang kukuh.

“Boleh ke kita nak pakai Harakah, negara kita kalau ikut cara PAS, Harakah apa nak jadi.

“Adakah kita nak ikut cara Harakah, prinsip asas agama dia tak boleh ikut, dalam agama orang tak buat fitnah, tak buat tuduhan kalau tak ada asas.

“Apa yang nak dikaitkan dengan orang yang sedang bermesyuarat dengan kerja orang lain yang (maksiat). Pada saya kebudak-budakan, benda itu tak payah dilayan,” kesalnya.

PAU 2017 bermula semalam sehingga 9 Disember 2017 ini di PWTC, ibu negara lapor Malaysiakini


Sobat baru saja selesai membaca :

Harakahdaily Busuk Hati Kata Ketua Penerangan UMNO

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Harakahdaily Busuk Hati Kata Ketua Penerangan UMNO dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Harakahdaily Busuk Hati Kata Ketua Penerangan UMNO link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/12/harakahdaily-busuk-hati-kata-ketua.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :