Judul : Siti Kasim Pula Beri Amaran, Jamil Khir Akan Disaman.
link : Siti Kasim Pula Beri Amaran, Jamil Khir Akan Disaman.
Siti Kasim Pula Beri Amaran, Jamil Khir Akan Disaman.
PETALING JAYA: Aktivis lantang Siti Zabedah Kasim memberi amaran kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas komen menteri itu mengaitkannya kepada mereka yang membuat kenyataan menentang Islam.Hari ini juga, merujuk kepada amaran Siti Kasim, Jamil berkata beliau sedia menerima saman Siti Kasim atas kenyataan “berbaur fitnah” yang dikeluarkannya semalam. “Tak mengapa, dia nak saman saya terima sahaja,” kata Jamil, mengulas pendek semasa ditemui pemberita di luar majlis Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-34 di TH Hotel, Bayan Lepas. Semalam, Jamil yang menjawab soalan oleh seorang peserta pada “Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0” semalam, berkata Siti sedang disiasat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), menurut laporan Bernama. “Kertas siasatan telah dibuka dan pihak berkenaan telah dipanggil,” katanya semalam pada majlis itu. Menulis di laman Facebook miliknya, Siti hari ini berkata Jamil patut segera “berhenti” daripada mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ke atasnya. “Menteri itu boleh yakin yang beliau akan menerima surat daripada saya tidak lama lagi,” kata Siti. Pada Julai lepas, Siti dituduh menghalang pegawai Jawi menyerbu satu acara transgender tahun lepas. Komen Weblog IbnuHasim: Begitulah yang terjadi, dalam negara yang ideologi bukan Islam mentadbir, sehingga menjadikan Islam itu sendiri ditadbir. Bagaimana supaya dapat agama Islam mentadbir negara? Dalam PRU 14 akan datang, saya menafsirkan 3 kumpulan utama bertarung.
Kalau kumpulan ke2 menang, DAP akan menguasai pemerintahan, walau Melayu jadi PM. Termasuk Dr M, ('Lama dah..'), kerana DAP (rejim Lim) kuasai tadbiran. Contohnya sekarang, walaupun ramai pemimpin DAP Melayu tetapi nyata, dalam DAP Kit Siang/Guan Eng yang berkuasa mnentukan segala-galanya.
Bagaimana kalau kumpulan ke3 ini pula yang menang atau separuh menang? Tentu ada peranan PAS atau kumpulan kepimpinan Islam dalam menentukan PM negara. Atau dari mereka dilantik sebagai PM.. PAS tentu akan mencalonkan Abd Hadi sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Istimewananya, tidak ada rekod rasuah di kalangan pemimpin PAS semasa memerintah negeri-negeri yang pernah dikuasainya. Contohnya mengenai rumah kediaman. Tidak ada MB-MB (Menteri Besar)nya yang seperti Khir Toyo di Selangor) atau Guan Eng di Pulau Pinang.
Ada yang bertanya, bagaimana kalau PAS perolehi kerusi tidak cukup untuk memerintah Malaysia? Kita tanya balik..
Jadi, bagaimana supaya dapat agama Islam mentadbir negara? Sokonglah parti kumpulan ke 3 atau kumpulan Islam, yang mungkin dalam gabungannya ada Parti Cinta Malaysia, pecahan dari DAP Pulau Pinang. Sokonglah supaya mereka dapat tambahan kerusi.
Iaitu, dengan mengundi PAS dalam PRU 14 akan datang! Sekian.
Lihat sebelum ini..
|
Sobat baru saja selesai membaca :
Siti Kasim Pula Beri Amaran, Jamil Khir Akan Disaman.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Siti Kasim Pula Beri Amaran, Jamil Khir Akan Disaman. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Siti Kasim Pula Beri Amaran, Jamil Khir Akan Disaman. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/11/siti-kasim-pula-beri-amaran-jamil-khir.html