Judul : Kemunculan Semula Khalid Ibrahim, Tanda Amaran Pengundi Cina….
link : Kemunculan Semula Khalid Ibrahim, Tanda Amaran Pengundi Cina….
Kemunculan Semula Khalid Ibrahim, Tanda Amaran Pengundi Cina….
AIDCNews -20/11/17-Sepatutnya hanya dua tiga kerat sahaja pengundi Cina yang muncul semasa ceramah tokoh-tokoh politik yang dipecat DAP, namun berbeza dengan ceramah pada Sabtu yang menampilkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bertempat di medan selera Bukit Teratai, pengundi Cina masih mengerumuni ceramah Khalid bersama dua tokoh DAP yang dipecat keahlian, bekas ADUN Teratai, Jenice Lee dan bekas ADUN Teluk Datuk, Philip Tan.
Signal menarik pengundi Cina menjelang PRU 14 itu turut diulas oleh Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.
Menurutnya, dengan perkembangan terbaharu itu, Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP perlu berfikir semula jika mereka masih menganggap pengundi Cina adalah deposit tetap pembangkang.
“Perkembangan kehadiran penyokong khususnya di kawasan Pandan yang melibatkan pengundi bukan Melayu yang kononya selama ini PH anggap sebagai ‘stock’ undi mereka harus diberi perhatian oleh PH.
“Kemunculan sosok Khalid Ibrahim yang mampu menarik pengundi bukan Melayu kawasan bandar harus diberi perhatian khusus,”katanya dalam Facebook.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah masyarakat Cina Selangor sudah mula menilai balik pemimpin-pemimpin mereka yang dipecat oleh DAP dulu? Begitu juga kepada bekas MB Selangor Khalid Ibrahim yang dipecat oleh partinya PKR dalam projek 'Langkah Kajang'?
Apakah ini pertanda awal rakyat Selangor akan menolak pimpinan yang ada sekarang? Bahkan momentum baru mula terserlah dan mengorak langkah! Baguslah, buang yang keruh, ambil yang jernih. Yang keruh hanya dari DAP, PKR dan UMNO. PPBM baru nak mula kacau daun melalui DAP!Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
Sobat baru saja selesai membaca :
Kemunculan Semula Khalid Ibrahim, Tanda Amaran Pengundi Cina….
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kemunculan Semula Khalid Ibrahim, Tanda Amaran Pengundi Cina…. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Kemunculan Semula Khalid Ibrahim, Tanda Amaran Pengundi Cina…. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/11/kemunculan-semula-khalid-ibrahim-tanda.html