DAP Takut Isytihar Harta, Larang Wakil Rakyatnya.

DAP Takut Isytihar Harta, Larang Wakil Rakyatnya. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: DAP Takut Isytihar Harta, Larang Wakil Rakyatnya., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : DAP Takut Isytihar Harta, Larang Wakil Rakyatnya.
link : DAP Takut Isytihar Harta, Larang Wakil Rakyatnya.

Baca juga


DAP Takut Isytihar Harta, Larang Wakil Rakyatnya.



DAP telah melarang wakil rakyat parti mereka menyertai program akur janji mengisytiharkan harta yang dianjurkan pusat kajian INVOKE kelolaan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, lapor sumber dalaman parti berkenaan. 
Sumber dalaman itu memberitahu The Star bahawa arahan tersebut dikeluarkan DAP menerusi sebuah memo yang diedarkan kepada semua wakil rakyat DAP menerusi aplikasi Whatsapp secara tertutup.

“Memo itu menyebut ‘aku janji (mengisytiharkan harta) akan mendatangkan kesusahan kepada parti’ terutama ketika pilihan raya semakin tiba,” ujar sumber berkenaan.

Pegawai parti yang tidak mahu namanya disiarkan, berkata mesej itu disebarkan dalam sembang kumpulan WhatsApp tertutup yang dipanggil “Ahli Parlimen DAP”, yang terdiri daripada semua ahli Parlimen parti berkenaan.
Ketua Ahli Parlimen DAP adalah Lim Kit Siang.

“Dalam perbincangan tertutup itu, kebanyakan Ahli Parlimen DAP bersetuju bahawa mereka hanya bersedia melakukannya (mengisytiharkan aset) sebaik sahaja mereka membentuk kerajaan yang akan datang,” kata pegawai itu.

Bagaimanapun, pegawai itu mendakwa terdapat pertembungan pendapat antara beberapa Ahli Parlimen, di mana sembilan daripada mereka mahu menandatangani borang pengisytiharan aset sementara yang lain menentang.
Naib Presiden DAP Teresa Kok berkata dia tidak pernah dihubungi INVOKE untuk menandatangani ikrar akuan aset tersebut.

Beliau juga turut menafikan terdapat sebarang arahan yang dikeluarkan parti dalam kumpulan WhatsApp tertutup itu.

Minggu lalu, Rafizi mencadangkan agar wakil rakyat Pakatan Harapan mengisytiharkan harta bersama INVOKE menjelang PRU14 di samping berikrar taat setia bersama Pakatan Harapan sekiranya menang pilihan raya. Bagaimanapun Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan cadangan tersebut merupakan idea INVOKE, bukannya Pakatan Harapan.

Ujarnya Majlis Presiden Pakatan Harapan belum membuat sebarang keputusan untuk mengisytiharkan harta sepertimana dicadangkan oleh Rafizi.

“Dia yang buat pengisytiharan. Kita tidak tahu apa-apa. Kita ada strategi kita sendiri dan akan ikut keputusan akhir yang akan dibuat Majlis Presiden,” kata Mahathir. - AIDCNews

Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP takut Isytihar harta, yang lain semua kena ikut. Mesti patuh pada DAP, ini bukti parti-parti lain tidak berkuasa, jadi pak angguk saja.





Lihat sebelum ini..



Sobat baru saja selesai membaca :

DAP Takut Isytihar Harta, Larang Wakil Rakyatnya.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang DAP Takut Isytihar Harta, Larang Wakil Rakyatnya. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: DAP Takut Isytihar Harta, Larang Wakil Rakyatnya. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/11/dap-takut-isytihar-harta-larang-wakil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :