Judul : Sukan Telanjang Begini Disertai Negara Umat Islam.. Wajarkah?
link : Sukan Telanjang Begini Disertai Negara Umat Islam.. Wajarkah?
Sukan Telanjang Begini Disertai Negara Umat Islam.. Wajarkah?
Wajarkah acara sukan telanjang begini disertai oleh Negara Umat Islam atau Negara Islam?
1. KL2017: Jun Hoong Mudah Rangkul Emas
KUALA LUMPUR – Penerjun negara, Cheong Jun Hoong menepati status sebagai juara dunia apabila memenangi pingat emas acara 1 meter papan anjal individu wanita di Pusat Akuatik Nasional, sebentar tadi.
Jun Hoong – atlet kelahiran Perak yang hanya beraksi satu acara saja pada temasya kali ini, meraih 268.55 mata selepas lima terjunan.
Seorang lagi peserta negara, Jasmine Lai Pui Yee pula meraih pingat perak selepas meraih 233 mata, manakala Ngo Phuong Mai dari Vietnam meraih pingat gangsa dengan catatan 207. 80 mata.
Kejayaan Jun Hoong itu menyaksikan Malaysia terus mendominasi acara terjun selepas membolot tiga emas pada hari pertama, semalam. – BH Online
2. KL2017: Sie Yan Tuai Emas Kedua Dalam Gimrama
KUALA LUMPUR – Gimnas negara, Koi Sie Yan ternyata sukar ditandingi apabila berjaya mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) selepas mengungguli acara gimrama individu keseluruhan di sini, hari ini.
Sie Yan mempamerkan aksi cemerlang dengan persembahan menarik untuk mengumpul 63.15 mata, megatasi seorang lagi atlet berpengalaman negara Amy Kwan Dict Weng 60.10 mata.
Pingat gangsa pula dimenangi gimnas Singapura, Tong Kah Mun yang mengumpul 52.90 mata. Saingan berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MiTEC).
Daripada empat disiplin yang dipersembahkannya, Sie Yan jelas paling memukau barisan juri dalam disiplin gelung apabila meraih mata tertinggi 16.60 mata berbanding bola (15.60), belantan (15.25) dan riben (15.70).
Kemenangan ini, bermakna atlet berusia 18 tahun itu sudah menuai emas kedua daripada gelanggang gimrama selepas membantu pasukan negara menamatkan penantian 10 tahun menerusi kejayaan menguasai acara berpasukan semalam.
Bagi Sie Yan, emas yang dirai di tanah air sendiri cukup bermakna terutama apabila dapat beraksi di hadapan keluarga dan juga rakan-rakan.
Justeru atlet berasal dari Kuantan Pahang itu berharap dapat beraksi lebih cemerlang esok dalam aparatus final yang menawarkan empat emas.
“Saya gembira dapat beraksi dengan baik hari ini. Biarpun mendapat tentangan dari rakan senegara saya cuba melakukan yang terbaik.
“Tapi bagi saya tidak kira siapa menang, yang penting kami semua dapat menyumbangkan emas kepada Malaysia,” katanya.
Sebagai rekod, pada Sukan SEA 2015 Singapura Sie Yan berkongsi pingat emas bersama seorang lagi atlet negara, Shasangari Sivaneswari dalam acara berkenaan selepas kedua-duanya diumumkan sebagai pemenang bersama. – BH Online
3. Atlet Renang Indonesia Sepupu Acha Septriasa
SUKAN SEA pada tahun ini boleh dikatakan antara yang hangat dengan kejayaan dan juga penglibatan bukan sahaja dari kalangan atlet biasa, malah dari kerabat diraja dan juga menteri.
Baru-baru ini, pelakon dan juga penyanyi dari negara seberang, Acha Septriasa ada memuat naik satu posting dengan ucapan tahniah kepada atlet Indonesia.
Namun, apa yang menariknya ialah atlet renang berirama Indonesia, Naima Syeeda Sharita Zainal merupakan sepupu kepada pelakon tersebut. Naima bersama rakan sepasukannya telah berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara tersebut.
Menerusi laman Instagramnya, Acha memuat naik satu appreciation post kepada Naima kerana telah berjaya memenangi pingat gangsa. bukan itu sahaja, malah Naima juga merupakan designer baju renang yang dipakainya satu pasukan.
“Terima kasih Naima Syeeda sayang atas pingatnya.
“Naima bukan hanya memenangi medal gangsa pada Sukan Sea 2017 tetapi juga mereka sendiri pakaian mandi untuk pasukannya! Hebat!” tulis Acha.
Naima dilihat turut memberikan respon dengan mengucapkan terima kasih atas ucapan tahniah itu.
Acara renang berirama kategori berpasukan ini telah diadakan pada 20 Ogos lalu di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil dan menampilkan pasukan dari Singapura sebagai juara dan Malaysia sebagai pemegang pingat perak.
(IH)
Sobat baru saja selesai membaca :
Sukan Telanjang Begini Disertai Negara Umat Islam.. Wajarkah?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Sukan Telanjang Begini Disertai Negara Umat Islam.. Wajarkah? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Sukan Telanjang Begini Disertai Negara Umat Islam.. Wajarkah? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/08/sukan-telanjang-begini-disertai-negara.html