Judul : Benteras 'Golongan Ulama' Demi Pondan! -Siti Kasim
link : Benteras 'Golongan Ulama' Demi Pondan! -Siti Kasim
Benteras 'Golongan Ulama' Demi Pondan! -Siti Kasim
Rakyat Malaysia secara amnya menerima golongan LGBT, dakwa Siti Kasim. Akan tetapi sekiranya ‘golongan kononnya warak’ diberi kuasa, tentu bakal mendatangkan risiko terhadap golongan LGBT dan Melayu yang jenis seperti Siti Kasim, katanya seperti yang dipetik dari portalFree Malaysia Today.
Siti Kasim mendakwa bahawa golongan pondan mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk diberkas kerana terdapat peruntukan dalam perundangan Syariah yang membenarkan pihak berkuasa untuk menangkap golongan lelaki yang berpakaian seperti wanita.
Siti Kasim menambah, "Tetapi di Kuala Lumpur, walaupun mereka dikenali sebagai golongan pondan, mereka tidak boleh diberkas melainkan mereka didapati melakukan perbuatan yang tidak bermoral."
Aktivis Orang Asli itu membayangkan masa depan negara ini bakal menjadi seperti Indonesia, di mana pihak penguatkuasa di negara tersebut begitu aktif dalam usaha membanteras golongan LGBT.
"Inilah trend yang saya lihat di Malaysia. Sekiranya pihak kerajaan kita tidak membanteras agamawan yang ekstremis yang tidak siuman gila kuasa ini, negara kita akan turut melakukan yang sedemikian."
Siti Kasim sebelum ini pernah beberapa kali menimbulkan kontroversi berhubung isu LGBT dan Orang Asli malahan turut menentang sekerasnya pindaan RUU355 selain pernah mendakwa kewujudan Tuhan dirasai dari getaran dari dalam diri seseorang. - Sozcyili.
Sobat baru saja selesai membaca :
Benteras 'Golongan Ulama' Demi Pondan! -Siti Kasim
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Benteras 'Golongan Ulama' Demi Pondan! -Siti Kasim dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Benteras 'Golongan Ulama' Demi Pondan! -Siti Kasim link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/06/benteras-golongan-ulama-demi-pondan.html