Judul : Tuduhan Utusan Terhadap Melayu Singapura Dijawap
link : Tuduhan Utusan Terhadap Melayu Singapura Dijawap
Tuduhan Utusan Terhadap Melayu Singapura Dijawap
Singapura menolak kritikan Utusan Malaysia mengenai layanan sama rata kepada rakyatnya, selepas akhbar pro-Umno itu mempersoalkan dasar meritokrasi republik itu yang menurutnya adalah helah melemahkan kuasa politik penduduk Melayu di negara itu.
Dalam jawapan balas kepada ruang analisis Mingguan Malaysia di bawah nama samaran “Awang Selamat”, Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Vanu Gopala Menon mempertikaikan tuduhan akhbar itu, sebaliknya berkata komuniti Melayu di Singapura mencapai pelbagai kemajuan di bawah dasar sama rata.
“Meritokrasi merupakan tiang utama dalam sistem pentadbiran Singapura. Rakyat kami tidak kira bangsa, bahasa dan agama, menerima akses sama rata, dan dasar kami ditentukan bagi mencapai tujuan itu.
“Masyarakat Melayu Singapura mencapai pelbagai kemajuan sosial dan ekonomi dalam 5 dekad lalu, bukan kerana diberikan keistimewaan, tetapi atas usaha mereka sendiri dalam sebuah masyarakat adil dan saksama,” kata Menon dalam suratnya kepada Utusan Malaysia.
Tambahnya, Singapura juga melarang keras rakyatnya termasuk media daripada “memainkan isu kaum, bahasa dan agama untuk memecah belahkan masyarakat kami”.
Ahad lalu, “Awang” – nama samaran sidang pengarang Utusan Malaysia -mengalu-alukan langkah melantik presiden dari kalangan masyarakat Melayu di republik itu, tetapi berkata dasar meritokrasi tidak menguntungkan mereka.
Merujuk kritikan beberapa ahli politik republik itu terhadap langkah tersebut, akhbar itu mendakwa usaha Perdana Menteri Lee Hsien Loong melantik presiden Melayu adalah demi menarik sokongan kepada parti pemerintah.
“Awang hanya senyum kerana meritokrasi sentiasa dijadikan helah mendiskriminasi Melayu di republik itu.
“Semua orang tahu meritokrasi juga terdedah kepada manipulasi. Ramai masih ingat bagaimana parti pemerintah, People’s Action Party (PAP) sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sokongan masyarakat Melayu pada awal pembentukan negara itu.
Selain jawatan Presiden, jumlah anggota Kabinet juga signifikan dan banyak elemen lain yang meyakinkan,” katanya.
“Namun apabila masa berlalu Melayu kian lemah dan tersisih daripada koridor kuasa. Maka inilah yang Hsien Loong mahu sedikit sebanyak perbetulkan, yang Awang hargai.”
‘Presiden untuk semua’
Bagaimanapun, Menon berkata walaupun pindaan dibuat terhadap perlembagaan Singapura bagi memastikan presiden dilantik daripada pelbagai kaum, seseorang calon itu masih perlu memenuhi syarat kelayakan.
“Sebagai ketua negara, presiden merupakan simbol negara, dan mewakili semua rakyat Singapura, bukan sahaja kaumnya.
“Inilah fakta penting yang ‘Awang’ terlepas dalam editorialnya,” katanya.
November tahun lalu, Hsien Loong mengumumkan di Parlimen Singapura pilihan raya presiden tahun ini akan dikhaskan untuk calon Melayu sahaja.
Ia bakal menyaksikan presiden Melayu kedua Singapura selepas Yusof Ishak, yang menduduki jawatan itu untuk penggal 1965-1970.
Wajah Yusof, presiden pertama republik itu selepas berpisah daripada Malaysia, masih tertera di mata wang dolar Singapura.
Beliau digantikan Dr Benjamin Sheares yang berbangsa serani, disusuli Devan Nair, Wee Kim Wee, Ong Teng Cheong, S.R. Nathan dan kini Tony Tan Keng Yam.
Lee pertama kali menyeru agar presiden dari kalangan bukan Cina dilantik ketika menyampaikan perutusan Hari Kebangsaan tahun ini lapor FMT
Sobat baru saja selesai membaca :
Tuduhan Utusan Terhadap Melayu Singapura Dijawap
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tuduhan Utusan Terhadap Melayu Singapura Dijawap dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Tuduhan Utusan Terhadap Melayu Singapura Dijawap link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/05/tuduhan-utusan-terhadap-melayu.html