RUU 355: Nasihat Mufti Kepada Tun M..

RUU 355: Nasihat Mufti Kepada Tun M.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: RUU 355: Nasihat Mufti Kepada Tun M.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : RUU 355: Nasihat Mufti Kepada Tun M..
link : RUU 355: Nasihat Mufti Kepada Tun M..

Baca juga


RUU 355: Nasihat Mufti Kepada Tun M..



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diingatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan bersandarkan rasional akal semata-mata tanpa merujuk kepada al-Quran dan sunnah khususnya membabitkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.


Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, langkah UMNO memberi laluan kepada Pas untuk membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat merupakan lambang penyatuan umat Islam dan bukannya perpecahan seperti yang didakwa Dr. Mahathir.

Malah, beliau menjelaskan, kebanyakan ahli Parlimen beragama Islam juga dilihat bersetuju dengan pembentangan pindaan akta itu di Dewan Rakyat.
“Saya nampak sendiri penya­tuan UMNO dan Pas dalam isu ini. Dahulu mereka musuh tetapi kini bersatu dan ini bukan merupakan satu perkara yang pelik sebalik­nya baik kepada umat Islam.

“Justeru, saya rasa Dr. Mahathir tidak perlu lagi membuat kenyataan bersifat rasional akal sahaja kerana kita perlu merujuk kepada al-Quran dan sunnah dalam isu berkaitan Islam,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir mendakwa UMNO telah meme­cah-belah umat Islam di negara ini dengan membenarkan Pre­siden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul untuk meminda RUU 355 di Dewan Rakyat.

“Sebenarnya ini bukan ada kaitan dengan agama Islam. Agama Islam tidak meminta kita buat sesuatu untuk pecah-belah orang Islam,” kata bekas Perdana Menteri itu seperti dipetik dalam sebuah portal berita.

Mengulas lanjut, Ab­dul Rahman memberitahu, RUU 355 perlu disokong oleh semua orang Islam kerana ia akan mening­katkan martabat agama serta bidang kuasa mahkamah syariah.

“Malah, Dr. Mahathir sebagai seorang Islam sepatutnya menyokong usul tersebut kerana ia jelas merupakan satu usaha meningkatkan martabat agama Islam serta lambang pe­nyatuan umat Islam di negara ini,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang turut memberikan pandangan sama apabila menegaskan yang pembentangan RUU 355 telah menyatukan umat Islam secara keseluruhan.

“Saya nampak RUU 355 ini le­bih menyatukan orang Islam dan pandangan bahawa pembenta­ngan Pas itu telah memecah-belah orang Islam adalah mereka yang tidak bersetuju dengan kerajaan,” jelasnya. (IH)


Sobat baru saja selesai membaca :

RUU 355: Nasihat Mufti Kepada Tun M..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang RUU 355: Nasihat Mufti Kepada Tun M.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: RUU 355: Nasihat Mufti Kepada Tun M.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/04/ruu-355-nasihat-mufti-kepada-tun-m.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :