Campur Tangan Fatwa: PAS PP Adu Kepada Yang Di Pertuan Agong

Campur Tangan Fatwa: PAS PP Adu Kepada Yang Di Pertuan Agong - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Campur Tangan Fatwa: PAS PP Adu Kepada Yang Di Pertuan Agong, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Campur Tangan Fatwa: PAS PP Adu Kepada Yang Di Pertuan Agong
link : Campur Tangan Fatwa: PAS PP Adu Kepada Yang Di Pertuan Agong

Baca juga


Campur Tangan Fatwa: PAS PP Adu Kepada Yang Di Pertuan Agong


PULAU PINANG – Pas negeri telah mempersembahkan isu pewartaan fatwa di negeri ini kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V selaku Ketua Agama Islam kerana mendapati empat fatwa yang diluluskan masih belum diwartakan.
Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, pihaknya percaya masalah itu berpunca daripada campur tangan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri yang tidak mewartakan fatwa atas alasan tidak bersesuaian dengan situasi politik semasa.
Jelas beliau, empat fatwa tersebut adalah larangan umat Islam memasuki pertandingan ratu cantik, hukum menghisap shisha, pengurusan tanah negeri serta pengurusan tanah wakaf.
“Dalam pertemuan bersama Ahli Jawatankuasa Fatwa pada 2015, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Abdul Malik Abul Kassim sendiri mengakui perkara berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jelas Afnan Hamimi, Pas kini dalam rangka usaha meningkatkan kesedaran rakyat untuk sama-sama berjuang membantah campur tangan politik DAP dalam urusan pewartaan fatwa.
Dalam pada itu, beliau berkata, tiga perkara perlu dilakukan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk memperbetulkan keadaan itu yang antaranya membatalkan pekeliling mengarahkan fatwa yang telah diluluskan perlu merujuk MMK.
Jelasnya, Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 perlu dirujuk seperti sebelum ini dengan hanya mempersembahkan setiap fatwa kepada Yang di-Pertuan Agong.
“Kedua, fatwa yang diluluskan tidak boleh disimpan kerana setiap keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri melibatkan keperluan semasa.
“Terakhir, kita terus mendesak Abdul Malik meletakkan jawatan untuk membuktikan beliau seorang yang bertanggungjawab,” tegasnya sambil menjelaskan pengganti Abdul Malik perlu tegas dan berani mempertahankan prinsip Islam dan berkelulusan dalam bidang agama. –UTUSAN ONLINE


Sobat baru saja selesai membaca :

Campur Tangan Fatwa: PAS PP Adu Kepada Yang Di Pertuan Agong

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Campur Tangan Fatwa: PAS PP Adu Kepada Yang Di Pertuan Agong dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Campur Tangan Fatwa: PAS PP Adu Kepada Yang Di Pertuan Agong link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/03/campur-tangan-fatwa-pas-pp-adu-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :