Judul : DAP Serang Presiden PAS, Ini Penjelasannya..
link : DAP Serang Presiden PAS, Ini Penjelasannya..
DAP Serang Presiden PAS, Ini Penjelasannya..
Pemuda PAS Teguh Mempertahan Tuan Guru Presiden PAS Daripada Serangan DAP
Dewan Pemuda PAS Malaysia berdiri teguh mempertahankan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang daripada serangan berterusan DAP khususnya Lim Kit Siang. Ancaman saman oleh Lim Kit Siang itu sedikit pun tidak menggentarkan PAS bahkan ia menzahirkan lagi siapa watak sebenar Penasihat DAP itu?
Serangan fitnah dan persepsi jahat yang disebar oleh DAP terhadap Tuan Guru Presiden PAS bukanlah perkara baru. Pada ambang Muktamar Pemilihan PAS tahun 2015 dulu, DAP begitu giat campur tangan hal dalaman PAS bagi menjayakan misinya menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. DAP mahukan kepimpinan PAS yang sedia tunduk patuh dan taat setia kepada Pakatan Rakyat ketika itu.
Namun, apabila misi DAP mahu menukarkan kepimpinan PAS gagal, ditubuhkan pula PAN bagi merobek kekuatan PAS. Allah Maha Besar. Perancangan mereka gagal buat kesekian kalinya. PAS tetap teguh bahkan kian kukuh hari ini. PAN pula semakin dipandang sepi sehingga ada pimpinan Pakatan Harapan sendiri yang mencadangkan agar dibubarkan sahaja PAN itu seolah-olah memberi isyarat kewujudan PAN itu tidak bernilai langsung.
Seterusnya, Lim Kit Siang mengubah strateginya lagi sehingga sanggup menjilat kembali ludahnya. Maka, dihulurkanlah “salam olive branch” kepada Tuan Guru Presiden PAS sebagai tanda mahu berdamai kononnya. Malang sekali, DAP menyangka PAS ini begitu mudah terpedaya dengan wayang opera palsu yang juga merupakan taktik lama DAP hendak mempergunakan PAS bagi meraih sokongan Melayu-Islam menjelang PRU14.
Dewan Pemuda PAS Malaysia menyokong penuh pendirian Tuan Guru Presiden PAS yang menutup terus pintu kepada DAP yang pandai berpura-pura suci ini. Sesungguhnya, sejarah tidak pernah menipu dan PAS tidak mudah lupa.
DAP tidak pernah berhenti menghalang dan menghina prinsip perjuangan PAS. Dasar dan agenda PAS semenjak dahulu sehingga sekarang tidak pernah berubah, iaitu mengangkat martabat syariat Islam di bumi Malaysia ini.
DAP mengaku sebagai parti demokratik, tetapi parti itulah yang paling tegar menentang usaha Tuan Guru Presiden PAS yang mengusulkan pindaan Akta 355 Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah). Usul pindaan tersebut dicadangkan di Parlimen, institusi agung demokrasi tetapi malangnya ia ditentang hebat oleh sebuah parti yang kononnya menjunjung demokrasi.
Kami warga Pemuda PAS seluruh Malaysia tidak akan pernah duduk diam dan memerhati sahaja serangan bertubi dilancarkan oleh DAP terhadap Tuan Guru Presiden PAS.
Kepada Lim Kit Siang, belajarlah terima hakikat dan menghormati pendirian PAS yang sudah serik untuk bekerjasama dengan DAP. Usahlah DAP bersikap seperti “gila talak”, berhentilah memaksa PAS menerima lamaran palsu itu.
Khairil Nizam Khirudin
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
30 Januari 2017 - HARAKAHDAILY 30/1/2017
Sobat baru saja selesai membaca :
DAP Serang Presiden PAS, Ini Penjelasannya..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang DAP Serang Presiden PAS, Ini Penjelasannya.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: DAP Serang Presiden PAS, Ini Penjelasannya.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/01/dap-serang-presiden-pas-ini.html