Judul : PAS Tetap Sainag Terbesar UMNO - Tuan Ibrahim Tuan Man
link : PAS Tetap Sainag Terbesar UMNO - Tuan Ibrahim Tuan Man
PAS Tetap Sainag Terbesar UMNO - Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, adalah mustahil bagi parti itu mengadakan kerjasama politik dengan Umno kerana ia pada asasnya melibatkan rundigan kerusi.
Menyifatkan kerjasama politik antara kedua-dua parti itu sebagai fitnah yang dicanang pihak tertentu, Tuan Ibrahim berkata Pas tidak mungkin melepaskan kerusi yang dimenangi kepada Umno. "Umno tidak mungkin dapat mengizinkan sebilangan besar kerusi-kerusi yang dimenangi mereka untuk dilepaskan ke tangan Pas begitu sahaja, dan sudah pastinya Pas juga tidak akan melepaskan kerusi-kerusi menangnya yang jumlahnya jauh lebih kecil berbanding apa yang Umno ada," katanya dalam sau kenyataan hari ini. Menurut Tuan Ibrahim, dari sudut politik, sejarah membuktikan Pas adalah saingan utama kepada Umno, terutamanya dalam isu berkaitan dengan Islam dan kebajikan rakyat walaupun Pas tidak pernah memegang kuasa kerajaan pusat. "Contohnya, Pas di Kelantan mendahului pelbagai perubahan seperti sistem kerja lima hari, cuti bersalin 60 hari, pemberian khairat kematian dan kebajikan lain yang akhirnya terpaksa ditiru oleh kerajaan Umno," katanya. Beliau juga berkata, hari ini Pas juga mengemudi Rang Undang-undang (RUU) 355 dan bantahan terhadap penindasan Rohingya yang akhirnya membawa Umno menyatakan sokongan terhadap RUU 355 dan pembelaan terhadap Myanmar. Menurutnya, ini adalah kali ketiga Pas berhimpun untuk Rohingya. "Jika PAS bukan saingan, masakan Umno akan mengikuti rentak Pas?" soalnya. Pagi tadi, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang duduk sepentas dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan membela Rohingya. Tindakan Pas itu menimbulkan pelbagai kritikan yang kebanyakannya mennggap kedua-dua parti itu sedang berbaik-baik ke arah kerjasama politik. Sehubungan itu Tuan Ibrahim menegaskan, Pas adalah parti pembangkang yang matang dan efektif serta mampu membezakan isu yang perlu bekerjasama dengan kerajaan, mendesak kerajaan dan membantah pihak kerajaan. "Ia tidak menjadi pembangkang yang membangkang secara totok apa yang kerajaan lakukan seperti parti-parti pembangkang yang lain. "PAS akan terus menjadi perintis kepada pendekatan matang dan sejahtera sebagai budaya baru di dalam sistem demokrasi negara. "PAS tetap adalah saingan terbesar kepada Umno di arena politik bagi menggantikan sistem negara dengan Islam," katanya.
Sobat baru saja selesai membaca :
PAS Tetap Sainag Terbesar UMNO - Tuan Ibrahim Tuan Man
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang PAS Tetap Sainag Terbesar UMNO - Tuan Ibrahim Tuan Man dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: PAS Tetap Sainag Terbesar UMNO - Tuan Ibrahim Tuan Man link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/12/pas-tetap-sainag-terbesar-umno-tuan.html