Judul : 2 Trend Politik Bermula, Umat Islam Jadi Mangsa..
link : 2 Trend Politik Bermula, Umat Islam Jadi Mangsa..
2 Trend Politik Bermula, Umat Islam Jadi Mangsa..
Dua Trend Politik Bermula 4 Dis, Kata Pemikir DAP
AIDCNews– 4/12/16 –Pada hari ini menyaksikan dua trend politik baharu di Malaysia, kata Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan, Liew Chin Tong.
Dia merujuk kepada dua peristiwa penting yang berlaku pada hari ini iaitu kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Persidangan Kebangsaan DAP di Shah Alam dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang duduk sepentas di Stadium Titiwangsa.
Dr Mahathir yang sebelum ini diwar-warkan DAP tidak dijemput menghadiri Persidangan Kebangsaan DAP diubah jadualnya dengan menjemput Pengerusi PPBM itu duduk sebaris dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam persidangan tersebut.
Manakala Najib dan Abdul Hadi pula duduk sepentas dalam satu perhimpunan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur bagi membantah penindasan terhadap etnik Rohingya di Myanmar.
Selain Najib dan Abdul Hadi, kedua-dua pimpinan tertinggi UMNO dan PAS juga turut hadir dalam perhimpunan tersebut.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Benarkah hari ini bermulanya 2 trend politik di negara ini?
Satu kumpulan menyahut Pesatuan Ulamak Islam Sedunia bersama dalam Himpunan Solidariti Ummah khusus untuk menyatakan kebersamaan atas derita yang ditanggung rakyat Rohingya di Myanmar.
Himpunan tersebut merupakan gabungan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Islam seluruh Malaysia akan diadakan pada 4 Disember (Ahad) bermula jam 8.00 pagi di Stadium Taman Tasik Titiwangsa. Turut hadir ialah PM Malaysia Najib Razak dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
Satu kumpulan lagi, ialah kumpulan dari Tun Mahathir bekas PM Malaysia yang berpaling tadah dari UMNO, Wan Azizah Presiden PKR serpihan dari UMNO, Mohamad Sabu Presiden PAN serpihan dari PAS, yang semuanya sanggup tidak hadir membela umat Islam Rohingya yang ditindas. Namun mereka sanggup hadir 'Terus Berjuang' bersama DAP dalam persidangan DAP pada masa yang sama.
Membahagikan kepada 2 trend begini seolah-olah cuba memisahkan sekumpulan kecil umat Islam dengan saudara-saudara yang sejamaah dengannya. Bagai kambing keluar berasingan dari kumpulannya, yang akhirnya jadi mangsa mamahan serigala.
Sobat baru saja selesai membaca :
2 Trend Politik Bermula, Umat Islam Jadi Mangsa..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 2 Trend Politik Bermula, Umat Islam Jadi Mangsa.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: 2 Trend Politik Bermula, Umat Islam Jadi Mangsa.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/12/2-trend-politik-bermula-umat-islam-jadi.html