Judul : Peragut dipukul selepas ragut rantai emas kanak-kanak
link : Peragut dipukul selepas ragut rantai emas kanak-kanak
Peragut dipukul selepas ragut rantai emas kanak-kanak
KLIP video yang tersebar dalam laman sosial Facebook. |
SHAH ALAM: Seorang lelaki warga negara Indonesia dibelasah orang awam selepas meragut rantai emas milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Pasar Tani Seksyen 13 di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat, berkata dalam kejadian jam 10.35 pagi itu, mangsa memberitahu ibunya yang juga peniaga di situ bahawa rantai lehernya ditarik seorang lelaki sebelum menunjukkan ke arah peragut itu.
Ibu mangsa yang panik segera mengejar dan menjerit 'pencuri' sebelum orang awam yang berada di tempat kejadian bertindak menangkap seterusnya memukul suspek sebelum diserahkan kepada Anggota Penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang bertugas.
"Suspek yang berusia 36 tahun cedera di mata kiri, hidung sebelah kiri, lebam di dada serta berdarah di kepala. "Suspek diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Shah Alam (HSA) untuk mendapatkan rawatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.
Sementara itu, satu klip video berdurasi tiga minit tersebar dalam laman sosial Facebook, menunjukkan suspek masih lagi dipukul oleh orang awam walaupun dia sudah diserahkan kepada polis.
Bagaimanapun, anggota polis yang menahan suspek berjaya meminta orang awam bertenang sebelum meminta mereka yang memukul suspek hadir ke balai polis.
Selanjutnya di : http://ift.tt/2cTMTxm
Selanjutnya di : http://ift.tt/2cTMTxm
PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"
Sobat baru saja selesai membaca :
Peragut dipukul selepas ragut rantai emas kanak-kanak
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Peragut dipukul selepas ragut rantai emas kanak-kanak dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Peragut dipukul selepas ragut rantai emas kanak-kanak link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/09/peragut-dipukul-selepas-ragut-rantai.html