Judul : Jeff Ooi Nafi Persenda Haron Din
link : Jeff Ooi Nafi Persenda Haron Din
Jeff Ooi Nafi Persenda Haron Din
Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun menafikan dakwaan mempersendakan kematian Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din melalui kenyataan di Twitternya, semalam.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Jeff Ooi mendakwa kenyataan itu disunting pihak lain dan bukan daripadanya.
“Terus terang, saya bukan peminat beliau (Haron Din). Oleh kerana beliau adalah sebahagian daripada rakan PR suatu masa dahulu, saya ingin mengucapkan selamat tinggal.
“Saya tidak berniat untuk menulis sesuatu yang tidak baik terhadap beliau dan keluarga,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, gambar yang diviralkan kononnya beliau mempersendakan Allahyarham Haron Din adalah tidak benar dan didakwa daripada sumber yang meragukan seperti manipulasi ‘photoshop’.
“Saya sentiasa mengawal sebarang penyebaran maklumat melalui Facebook dan Twitter saya yang boleh disemak secara online.
"Sumber-sumber lain bukan daripada saya,” katanya.
Sobat baru saja selesai membaca :
Jeff Ooi Nafi Persenda Haron Din
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Jeff Ooi Nafi Persenda Haron Din dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Jeff Ooi Nafi Persenda Haron Din link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/09/jeff-ooi-nafi-persenda-haron-din.html