Judul : Bantah Bangladesh Menggantung Pemimpin Parti Islam..
link : Bantah Bangladesh Menggantung Pemimpin Parti Islam..
Bantah Bangladesh Menggantung Pemimpin Parti Islam..
WEBLOG Ibnu Hasyim membantah kerajaan Bangladesh yang akhirnya menggantung Mir Quasem Ali, 63, seorang bekas ahli perniagaan terkemuka dan salah seorang pemimpin Jamaat-e-Islami atau parti Islam Bangladesh, pada Sabtu (3/9/2016).
Beliau digantung atas tuduhan melakukan jenayah perang 45 tahun yang lalu, semasa Perang Kemerdekaan Bangladesh 1971.
Proshanto Kumar Banik, pengawas senior Penjara Kashimpur, menegaskan kepada media bahawa Mir Quasem digantung pada pukul 10:30 malam waktu tempatan. Keselamatan telah diperketatkan di sekitar penjara daerah Gazipur Kashimpur, dekat ibu kota Dhaka, lapor Anadolu Agency.
Sebelum ini, pada 30 Ogos, Mahkamah Bangladesh menolak rayuan Mir Quasem untuk mengkaji semula hukuman mati terhadap dirinya. Setelah beberapa usahanya gagal, Mir Quasem diminta mencari pengampunan daripada presiden, namun beliau menolak untuk mengambil langkah itu.
Pihak berkuasa penjara mulai mempersiapkan pelaksanaan setelah beliau memilih untuk tidak mencari pengampunan.
Al-fatihah...
"Kita mesti memperjuangkan kebenaran dan menentang kezaliman, walau di mana pun kita berada dan di mana saja berlaku.
Jahannam Bangladesh.
Hidup Islam!
Allahu Akbar!" Tegas editornya Hj Mohd Hasyim.
Sobat baru saja selesai membaca :
Bantah Bangladesh Menggantung Pemimpin Parti Islam..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Bantah Bangladesh Menggantung Pemimpin Parti Islam.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Bantah Bangladesh Menggantung Pemimpin Parti Islam.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2016/09/bantah-bangladesh-menggantung-pemimpin.html