30 1/2 Bogel Di B/Tinggi. Siasat Motivasi Jenis Apa?

30 1/2 Bogel Di B/Tinggi. Siasat Motivasi Jenis Apa? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: 30 1/2 Bogel Di B/Tinggi. Siasat Motivasi Jenis Apa?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : 30 1/2 Bogel Di B/Tinggi. Siasat Motivasi Jenis Apa?
link : 30 1/2 Bogel Di B/Tinggi. Siasat Motivasi Jenis Apa?

Baca juga


30 1/2 Bogel Di B/Tinggi. Siasat Motivasi Jenis Apa?


30 wanita separuh bogel ditahan, hadir program motivasi di Bukit Tinggi

Polis menahan 30 wanita dan empat lelaki yang dipercayai berkelakuan tidak senonoh ketika menghadiri program motivasi di sebuah resort di Bukit Tinggi, Bentong semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nayan berkata, polis menjalankan siasatan selepas gambar yang memaparkan sekumpulan wanita berkeadaan separuh bogel di kawasan padang di resort itu tular menerusi laman sosial Facebook.
“Gambar berkenaan memaparkan terdapat sebahagian daripada kumpulan perempuan hanya berseluar dan berbaju dalam.
“Siasatan awal polis mendapati aktiviti itu adalah program motivasi anjuran sebuah spa kecantikan dari Johor Bahru dan Kuala Lumpur yang disertai kira-kira 80 wanita tempatan dengan kesemua peserta menginap di resort tersebut sejak Isnin lepas hingga hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan itu katanya, polis menahan 34 individu termasuk pengendali program motivasi syarikat spa yang beroperasi di Johor Bahru sementara peserta dari cawangan Kuala Lumpur pula telah pulang lebih awal.
Berikutan itu, beliau menasihati peserta yang telah pulang awal agar tampil secara sukarela ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong bagi membantu siasatan menurut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan kerana berkelakuan sumbang di tempat awam.
Menurutnya semasa kejadian penduduk setempat telah menegur aktiviti tersebut.
“Penduduk turut membuat laporan polis berkenaan aktiviti berkenaan,” katanya.
Kes itu merupakan yang kedua berlaku di padang resort berkenaan. Kali pertama ialah pada awal 2017, melibatkan peserta lelaki. – Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pihak berwajib, sila siasat ilmu motivasi jenis apa yang mengajar pesertanya berbogel atau 1/2 bogel, bercampur baur jantan betina tidak berakhlak dan bertamaddun, di negara yang berperlembagaan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. 
PH bertindaklah, jangan membisu 1,000 bahasa! Demi maruah agama.



Sobat baru saja selesai membaca :

30 1/2 Bogel Di B/Tinggi. Siasat Motivasi Jenis Apa?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 30 1/2 Bogel Di B/Tinggi. Siasat Motivasi Jenis Apa? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: 30 1/2 Bogel Di B/Tinggi. Siasat Motivasi Jenis Apa? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/03/30-12-bogel-di-btinggi-siasat-motivasi.html

Subscribe to receive free email updates: