Judul : Royalti: T'ganu Sambut Baik Keputusan Persekutuan.
link : Royalti: T'ganu Sambut Baik Keputusan Persekutuan.
Royalti: T'ganu Sambut Baik Keputusan Persekutuan.

PUTRAJAYA: Kerajaan PAS Terengganu menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menyalurkan wang royalti minyak secara terus kepada kerajaan negeri tanpa mengira parti mana mentadbir parti berkenaan.
Menteri Besarnya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan, keputusan itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2018 di Kementerian Kewangan di sini sebentar tadi.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta Ketua Menteri, Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Selain itu, Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakob juga turut kelihatan.
Mengulas lanjut Dr Ahmad Samsuri berkata, jumlah peratusan royalti dan maklumat lanjut mengenainya kaedah pembayarannya masih belum diperincikan.
Tambah beliau, sebelum ini ketika BN menerajui negara, wang royalti diberi kepada agensi pusat negeri dalam bentuk jabatan pembangunan persekutuan.
Namun jelasnya, kali ini akan diberi terus kepada kerajaan negeri, tidak kira parti mana tadbir negeri itu. - HARAKAHDAILY 7/6/2018
Sobat baru saja selesai membaca :
Royalti: T'ganu Sambut Baik Keputusan Persekutuan.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Royalti: T'ganu Sambut Baik Keputusan Persekutuan. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Royalti: T'ganu Sambut Baik Keputusan Persekutuan. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/06/royalti-tganu-sambut-baik-keputusan.html