Judul : UMNO Bukan Lagi Pembela Nasib Melayu - Bekas MP Machang
link : UMNO Bukan Lagi Pembela Nasib Melayu - Bekas MP Machang
UMNO Bukan Lagi Pembela Nasib Melayu - Bekas MP Machang
Umno makin tersasar, hilang fokus dan dilihat bukan lagi membela nasib orang melayu sebaliknya mengutamakan kepentingan pemimpin.
Bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Sazmi Miah berkata, beliau memilih bersama parti baharu,Bersatu bagi meneruskan perjuangannya membela nasib rakyat tanpa memikir apakah jawatan yang beliau akan pegang selepas itu.
Katanya, beliau tidak pernah mengejar apa-apa jawatan sebagaimana yang diura-urakan dan diperkatakan di laman-laman sosial selepas beliau menzahirkan ketidakpercayaan kepada pimpinan Perdana Menteri, sebelum ini.
"Bukan matlamat saya untuk pegang apa-apa jawatan, saya sokong Umno sebab parti itu mempunyai dasar yang jelas bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara namun hari ini, dasar itu tidak lagi dipegang pemimpin Umno yang mana lebih mengutamakan kepentingan sendiri dengan membelakangkan kepentingan rakyat.
"Saya sudah hilang kepercayaan kepada Umno dan saya yakin Bersatu mampu memberi nafas baharu dalam membela nasib rakyat. Tak perlulah memutarbelitkan penghijrahan saya ini dengan mengatakan saya mahukan jawatan dan ingin bertanding di sini semula sebagai ahli parlimen, ” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusannya menyertai Bersatu selepas sekian lama bersama Umno termasuk pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Sazmi yang juga Ketua Cawangan Umno Lepan Simpol, dekat sini menyerahkan borang keahlian tersebut kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya, kelmarin.
Sobat baru saja selesai membaca :
UMNO Bukan Lagi Pembela Nasib Melayu - Bekas MP Machang
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang UMNO Bukan Lagi Pembela Nasib Melayu - Bekas MP Machang dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: UMNO Bukan Lagi Pembela Nasib Melayu - Bekas MP Machang link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/10/umno-bukan-lagi-pembela-nasib-melayu.html