Judul : Dr Haron Din, 'Kehilangan besar' Dalam Gerakan Dakwah. -Mohamad Sabu
link : Dr Haron Din, 'Kehilangan besar' Dalam Gerakan Dakwah. -Mohamad Sabu
Dr Haron Din, 'Kehilangan besar' Dalam Gerakan Dakwah. -Mohamad Sabu
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan pemergian Datuk Dr Haron Din ke rahmatullah sebagai satu kehilangan besar dalam gerakan dakwah di negara ini.
"Allahyarham menemui Pencipta pada Penghulu Segala Hari. Bagi Amanah, pemergian Allahyarham satu kehilangan besar pada gerakan dakwah di negara ini malah pada seluruh rakyat Malaysia umumnya.
"Sepanjang hayatnya, Allahyarham banyak berjasa kepada masyarakat khususnya dalam aspek dakwah," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, pemergian Pengerusi Majlis Syura Ulamak Pas itu turut dirasai oleh kalangan ahli Amanah.
"Walaupun berbeza pandangan politik, saya percaya seluruh ahli Amanah merasai kehilangan Allahyarham atas dasar insaniah dan persaudaraan Islam.
"Apatah lagi kami pernah bersama dalam satu wadah sebelum ini," ujar Mat Sabu lagi.
Allahyarham Haron Din yang merupakan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Malaysia (Darussyifa') meninggal dunia pada usia 76 tahun di San Fransisco, Amerika Syarikat pagi tadi.
Komen: ...dan juga politik.
Sobat baru saja selesai membaca :
Dr Haron Din, 'Kehilangan besar' Dalam Gerakan Dakwah. -Mohamad Sabu
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Dr Haron Din, 'Kehilangan besar' Dalam Gerakan Dakwah. -Mohamad Sabu dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Dr Haron Din, 'Kehilangan besar' Dalam Gerakan Dakwah. -Mohamad Sabu link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/09/dr-haron-din-kehilangan-besar-dalam.html