1MDB: Perbicaraan Ditunda

1MDB: Perbicaraan Ditunda - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: 1MDB: Perbicaraan Ditunda, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : 1MDB: Perbicaraan Ditunda
link : 1MDB: Perbicaraan Ditunda

Baca juga


1MDB: Perbicaraan Ditunda


Perbicaraan Najib Razak atas pertuduhan rasuah dan pengubahan wang membabitkan dana 1MDB yang sepatutnya bermula hari ini, ditunda buat sementara waktu ke 26 Ogos ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah akan menemui pihak pendakwaan dan peguam bela pada Khamis ini untuk memuktamadkan tarikh perbicaraan.

Hari ini, Sequerah cuba meyakinkan pihak pendakwaan memulakan perbicaraan dengan membaca kenyataan pembukaan dan memanggil saksi tidak rasmi.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc, Gopal Sri Ram berkata kes 1MDB tidak boleh diteruskan kerana perbicaraan SRC International Sdn Bhd membabitkan Najib masih berlangsung di depan Hakim, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, hari ini.

“Saya difahamkan saksi terakhir pendakwaan (pegawai penyiasat Rosli Hussain) sedang memberi keterangan dan pihak pembelaan akan periksa balas beliau sebelum kes itu ditutup.”

Katanya, atas sebab pentadbiran, pasukan pendakwaan hanya menyerahkan keterangan 12 saksi pada Jumaat lalu, oleh itu perbicaraan hanya boleh bermula dalam masa 14 hari mengikut Seksyen 402B Kanun Prosedur Jenayah.

“Kami juga akan menyerahkan 15 ikatan besar dokumen kepada pihak pembelaan hari ini.”

Sequerah berkata, beliau sedia mengetepikan syarat 14 hari, tetapi peguam bela, Muhammad Shafee Abdullah berkata, syarat undang-undang perlu dipatuhi.

“Kita perlu mengkaji dokumen itu,” katanya sambil menambah pihak pembelaan tidak bersedia buat masa ini.

Beliau mencadangkan perbicaraan bermula 3 September ini, seperti dicadangkan Sri Ram terlebih dahulu.

Bagaimanapun, Sri Ram berkata, beliau terbuka untuk perbicaraan 1MDB dimulakan pada 26 Ogos ini kerana pihak pendakwaan akan menyelesaikan perbicaraan SRC International menjelang akhir minggu ini.

Shafee berkata, Sequerah boleh memutuskan tarikh perbicaraan pada Khamis ini selepas pihak pembelaan membaca semua dokumen 1MDB yang diserahkan kepada mereka.

Hakim menetapkan pengurusan kes pada Khamis ini dan perbicaraan ditetapkan buat sementara waktu pada Isnin depan.

Sebelum ini, Sequerah menetapkan hari ini sehingga 14 November nanti untuk prosiding perbicaraan 1MDB.

Laporan penuh sila baca di SINI

Astro Awani sebelum ini melaporkan..

KUALA LUMPUR: Hampir setahun selepas menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah wang yang sama, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai peluang untuk membela diri di mahkamah esok (Isnin).

Pada Isnin, perbicaraan 1MDB Najib, yang juga dikenali sebagai perbicaraan Tanore dijadualkan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah dengan pihak pendakwaan akan mula membentangkan kesnya.

Bagaimanapun, sama ada perbicaraan akan dijalankan pada hari itu, ia bergantung kepada budibicara Hakim Sequerah kerana pihak pendakwaan dalam kes SRC International Sdn Bhd akan memohon kepada hakim pada pagi Isnin untuk menangguhkan perbicaraan 1MDB.

Ini untuk memberi laluan kepada perbicaaan SRC yang dihadapi Najib selesai dahulu memandangkan pihak pendakwaan hampir menggulung kes dan saksi pendakwaan yang terakhir belum selesai memberi keterangan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Najib, 66, menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Pada 13 Ogos, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 5 Ogos yang mengesahan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa perbicaraan perlu diteruskan sepertri dijadualkan pada 19 Ogos.

Menurut senarai kes mahkamah yang ditampal di luar Mahkamah Yinggi Jenayah 1 (di hadapan Hakim Sequerah), kes itu dijadual bermula pada 19 Ogos.

Salah seorang daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) 1MDB ketika ditanya mengenai perkara itu berkata mungkin perbicaraan 1MDB tidak akan diteruskan kerana perbicaraan SRC belum selesai.

"Tambahan pula pihak pendakwaan awam (untuk kes 1MDB) baru saja menyerahkan pernyataan saksi kepada pembelaan pada Jumaat dan pihak pembelaan mempunyai 14 hari untuk menelitinya," kata Timbalan Pendakwa Raya itu ketika dihubungi.

Timbalan Pendakwa Raya juga berkata sebanyak 60 saksi akan dipanggil semasa perbicaraan termasuk beberapa asing dari negara luar

Sebelumnya, Hakim Sequerah telah menetapkan 19 hingga 29 Ogos; bulan September dan Oktober kecuali hari Jumaat; dan dua minggu pertama bulan November untuk perbicaraan kes 1MDB yang dihadapi Najib.

Pihak pendakwaan telah memohon untuk perbicaraan ditangguhkan bagi kali keempat sementara menunggu perbicaraan kes Najib selesai.

Pada 18 Julai, Hakim Sequerah menolak notis usul pendakwa raya untuk menangguhkan perbicaraan.

Pada 8 Julai, Hakim Sequerah menolak permohonan lisan Peguam Negara untuk menangguhkan perbicaraan kes 1MDB yang dijadualkan pada 19 Ogos sehingga perbicaraan kes SRC selesai.

Pada 30 April, pendakwaan mengemukakan usulnya yang pertama untuk menangguhkan perbicaraan 1MDB yang ditetapkan selama 14 hari bermula 15 April hingga 3 mei. Hakim membenarkan permohonan dan menjadualkan semula kes kepada 14 Mei hingga 21 Jun.

Pada 2 Mei, pihak pendakwaan sekali lagi memohon penangguhan melalui permohonan lisan. Mahkamah membenarkan penangguhan dan menjadualkan semula perbicaraan kepada 19 Ogos.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan akan mengetuai pasukan pendakwaan manakala peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan mengetuai pasukan pembelaan.

Pada 20 Sept, 2018, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah wang yang sama.

Laporan penuh sila baca di SINI


Sobat baru saja selesai membaca :

1MDB: Perbicaraan Ditunda

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 1MDB: Perbicaraan Ditunda dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: 1MDB: Perbicaraan Ditunda link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/08/1mdb-perbicaraan-ditunda.html

Subscribe to receive free email updates: