Judul : Kek 'PM ke-8': Kerja Kaki Bodek Lah Tu....
link : Kek 'PM ke-8': Kerja Kaki Bodek Lah Tu....
Kek 'PM ke-8': Kerja Kaki Bodek Lah Tu....
“Semua yang berlaku samada kek, dibuat orang persendirian dan orang parti peringkat bawah, pemimpin yang kecil. Mungkin (dia) merasa teruja... Mungkin dia dengar perdana menteri (seterusnya) adalah Datuk Seri Anwar seperti mana yang diumumkan.
“Jadi (sebab) keterujaan tu, jadi dia buat kek. Bukan arahan dia (Anwar) malah dia menegah daripada bersungguh-sungguh sangat buat perkara ini. Tidak datang dari pejabat Datuk Seri Anwar,” kata Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail selepas taklimat khas di pejabat PKR Terengganu di Kuala Terengganu, pada Ahad.
Benar.. Anwar tidak pernah meminta untuk digelar sebagai PM-8, sama juga dengan apa yang berlaku dalam kempen-kempen Pilihanraya 13 dulu..
Masa itu DS Anwar tidak pernah juga meminta supaya kehadirannya diumumkan sebagai kehadiran Bakal Perdana Menteri ... tapi kaki-kaki bodek yang ada sekeliling dia yang lebih-lebih meminta kehadiran DS Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Bakal Perdana Menteri seterusnya selepas PRU13 itu..
Keterujaan yang dikatakan Azan Ismail itu hanyalah alasan politik.. bukan keterujaan.. sebenarnya ialah cubaan membodek.. bodek untuk cari makan..
DS Anwar tidak pernah meminta untuk digelar sebagai PM-8.. tapi kaki-kaki bodek yang berada disekelilingnya yang lebih-lebih..
Laporan berkaitan..
KUALA TERENGGANU - Gambar kek berbentuk Putrajaya yang tertera perkataan PM8 sebagaimana tular di media sosial sejak semalam adalah hadiah daripada peminat dan penyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, tulisan yang tertera pada kek itu bukan arahan daripada pejabat presiden parti berkenaan atau kepimpinan di peringkat pusat untuk dipamerkan.
“Biasanya, tak kiralah sama ada kek, gegantung atau pelekat yang tertera perkataan PM8, ia bukan arahan daripada Datuk Seri Anwar atau pejabat beliau, malah beliau sendiri pernah menegah supaya tidak bersungguh-sungguh membuat perkara sedemikian.
“Ia dibuat oleh peminat-peminat sama ada orang ramai atau perseorangan serta pimpinan kecil yang menyanjung serta ingin menyatakan rasa keterujaan kepada beliau. Pada saya ia bukan menjadi satu kesalahan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas taklimat khas di pejabat PKR Terengganu di sini.
Turut hadir, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Romli Ishak; Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dr Zaliha Mustafa dan Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saiful Izham Ramli.
Mengulas lanjut, Azan menegaskan pihak kepimpinan PKR tidak dapat menghalang tindakan itu kerana bertepatan dengan perjanjian yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bersama parti komponen Pakatan Harapan (PH).
“Perkataan PM8 bukan perkataan menghina dan tak melanggar apa-apa etika pun. Ia bukan isu besar.
“Takkan kita nak halang orang ramai daripada menggelar beliau sebagai PM8. Lagipun keputusan itu juga sudah termaktub secara konsensus menulis perjanjian yang menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Ketujuh dan Anwar pula sebagai penggantinya.
“Kalau ada arahan daripada pejabat Datuk Seri Anwar sendiri supaya menulis gelaran itu, itu kita yakin akan menimbulkan interpretasi yang tidak baik,” katanya.
Dalam masa sama, Azan mengakui beliau tidak menolak kemungkinan terdapat juga gambar-gambar yang dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Kadang-kadang kita bimbang juga sekiranya ada orang yang memanipulasi gambar itu untuk tujuan tidak baik seperti membuat penambahan, edit dan sebagainya supaya benda itu nampak tak baik.
“Pada saya, selagi ia bukan arahan daripada Datuk Seri Anwar sendiri, tak jadi masalah. Lainlah kalau tulisan itu tulis Datuk Seri Anwar adalah PM (Perdana Menteri) buat masa sekarang. Itu memang salah,” katanya lapor Sinar Harisn di SINI
Nak buat macam mana?.. kerja tak tau nak buat.. bodek sajalah untuk cari makan...
Sobat baru saja selesai membaca :
Kek 'PM ke-8': Kerja Kaki Bodek Lah Tu....
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kek 'PM ke-8': Kerja Kaki Bodek Lah Tu.... dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Kek 'PM ke-8': Kerja Kaki Bodek Lah Tu.... link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/08/kek-pm-ke-8-kerja-kaki-bodek-lah-tu.html