Zakir Naik Langgar Syarat PR Jika Ceramah Isu Politik

Zakir Naik Langgar Syarat PR Jika Ceramah Isu Politik - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Zakir Naik Langgar Syarat PR Jika Ceramah Isu Politik, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Zakir Naik Langgar Syarat PR Jika Ceramah Isu Politik
link : Zakir Naik Langgar Syarat PR Jika Ceramah Isu Politik

Baca juga


Zakir Naik Langgar Syarat PR Jika Ceramah Isu Politik


Hubungan harmoni antara kaum di Malaysia tidak ada galang gantinya dan tidak boleh dirosakkan oleh sesiapa pun, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata jika Dr Zakir Naik cuba bermain politik dan berceramah isu kaum mengenai orang Cina dan penganut Hindu maka hal itu melanggar syarat Permastautinan Tetap yang diberikan kepadanya.

“Jelas Zakir mahu terlibat dalam politik perkauman di Malaysia.

“Pertama, saya tidak tahu siapa yang memberikan beliau taraf Pemastautin Tetap (PR). Tetapi untuk menjadi penduduk tetap kamu tidak boleh terlibat dalam politik.

“Kamu boleh berdakwah dan menyampaikan ceramah agama tetapi beliau (Zakir) tidak berbuat demikian. Beliau bercakap mengenai menghantar (orang Cina warga negara Malaysia) ke China… itu (tindakan) politik.

“Sekiranya kamu mahu bercakap mengenai agama, teruskan, itu adalah dibenarkan, kami tidak mahu menghentikannya daripada hal itu,” katanya dipetik Malaysiakini

Mahathir berkata beliau yang telah berpuluh tahun memimpin negara tidak pernah meminta orang lain untuk “pulang”, merujuk ucapan Zakir mengenai tetamu lama dan tetamu baru.

“Kami sangat berhati-hati mengenai bagaimana kami mengatakan perkara yang sensitif terhadap masyarakat yang berlainan di negara ini,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa apa-apa tindakan yang diambil terhadap Zakir akan berlandaskan undang-undang.

“Kerana itu, saya fikir polis perlu menyiasat sama ada dia menimbulkan pergolakan perkauman .. sudah tentu dia.

“Sekarang dia ‘meniupkan’ perasaan perkauman. Ini tidak bagus.

“Kerana itulah saya fikir polis perlu menyiasat sekiranya beliau telah menyebabkan rasa tidak tenteram perkauman… tentulah beliau berbuat begitu.

“Jadi, apa tindakan yang akan kami ambil akan mengikut undang-undang,” katanya. – RF8 Media


Sobat baru saja selesai membaca :

Zakir Naik Langgar Syarat PR Jika Ceramah Isu Politik

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Zakir Naik Langgar Syarat PR Jika Ceramah Isu Politik dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Zakir Naik Langgar Syarat PR Jika Ceramah Isu Politik link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/08/zakir-naik-langgar-syarat-pr-jika.html

Subscribe to receive free email updates: