PH! Sedarlah, Tiada Ruang Iktiraf Komunis, Di Sini..

PH! Sedarlah, Tiada Ruang Iktiraf Komunis, Di Sini.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: PH! Sedarlah, Tiada Ruang Iktiraf Komunis, Di Sini.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : PH! Sedarlah, Tiada Ruang Iktiraf Komunis, Di Sini..
link : PH! Sedarlah, Tiada Ruang Iktiraf Komunis, Di Sini..

Baca juga


PH! Sedarlah, Tiada Ruang Iktiraf Komunis, Di Sini..


Gila dan Buta Sejarah!!!

Itulah perkataan yang yg paling sesuai pada golongan aktivis yg cuba nak ubah buku teks sekolah supaya mengiktiraf 'perjuangan' komunis...

Tengah aku tulis, kawan aku datang nak tenguk apa aku tulis, komen pertama yg keluar dari mulut dia ialah, "agaknya budak 2 org nie cucu Rashid Maidin kut tak pun Chin Peng punya anak haram"...

Kepada Fahmi Reza dan Fadiah Nadwa Fikri baca dan renungkan antara keganasan komunis pada rakyat Malaysia waktu sebelum dan selepas merdeka...

Keganasan Komunis Sebelum Merdeka

Serang Hendap Di Kelian Intan 
10 September 1947


Peristiwa berlaku pada jam 7.30 pagi membabitkan serangan pengganas ke atas sebuah lori dan dua bas yang membawa anggota polis...

Tiga anggota polis dan enam orang awam terkorban, manakala dua mata-mata polis serta 12 orang awam cedera parah...

Segerombolan pengganas komunis dikatakan melepaskan tembakan bertubi-tubi selama 10 minit, merampas harta penumpang dan mengacukan senapang kepada mereka...

Pembunuhan Di Sungai Siput, Perak
16 Jun 1948


Tragedi ini mengorbankan tiga pengurus ladang berbangsa Eropah iaitu T.G. Christian, A.E.Walker dan J.M. Allison.

Pembunuhan ini menggemparkan penduduk tempatan, seterusnya penyebab kepada pengisytiharan Undang-Undang Darurat di Perak...

Ia adalah pengumuman darurat pertama sebelum ia diperluaskan di seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948...

Pembunuhan ini disifatkan sebagai kemuncak keganasan komunis yang mula berleluasa sejak tamat Perang Dunia Kedua di negara ini...

Serangan Ke Atas Kampung Jeram Choh, Johor 18 Jun 1948


Ia di lakukan kira2 20 pengganas komunis lengkap bersenjata...

Kemuncak kejadian ialah serangan ke atas balai polis yang menyebabkan kerajaan mengalih langkah mengumumkan perintah darurat berkuatkuasa serta merta...

Tragedi Lombong Batu Arang, Selangor
12 Julai 1948


Lombong ini di tawan komunis sebagai strategi melumpuhkan ekonomi negara...

Ia bukan saja mengakibatkan operasi kilang terhenti, malah seluruh kilang di musnahkan manakala lima pekerja berbangsa Cina terkorban...

Sabotaj ke atas kuari Sungai Gepai, Tapah, Perak 19 Januari 1950

Serangan membabitkan kira-kira 20 pengganas itu memusnahkan beberapa kenderaan dan peralatan kuari...

Serang hendap di Seberang Perai
22 Januari 1950

Serangan ini mengorbankan lapan anggota polis termasuk seorang sarjan Inggeris manakala enam anggota polis Melayu cedera parah...

Serangan di Kampung Simpang Tiga, Setiawan, Perak 
4 Februari 1950


Kira-kira 80 pengganas komunis menyerang dan membakar kampung yang mengakibatkan 1,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Peristiwa Bukit Kepong
23 Februari 1950



150 pengganas komunis yang di ketuai Mat Indra menyerang balai polis pada jam 4.30 pagi...

Tragedi memilukan ini mengorbankan 23 mangsa membabitkan 13 anggota polis, enam pengawal kampung, tiga wanita dan seorang kanak-kanak...

Serang Hendap Di Sungai Semur, Kelantan
25 Mac 1950


Pertempuran antara kira-kira 250 pengganas komunis dengan platun Kompeni D Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja berjumlah 25 orang...

Serangan berlaku pada jam 10.30 pagi ketika platun berkenaan menyusuri sungai. Sejumlah 17 orang anggota tentera terbunuh dengan lapan cedera...

Serang Hendap Kereta Api, Tampin, Negeri Sembilan
14 November 1951


Serangan ini mengorbankan empat orang awam, termasuk pemandu kereta api, K Vettivelu...

Kejadian berlaku pada waktu malam ketika kereta api berkenaan berada kira2 sebatu dari Tebong berhampiran Tampin...

Sabotaj di lakukan dengan mengalihkan landasan mengakibatkan kereta api tersasar...

Manakala sebahagian gerabak terbabas serta tergelincir kira2 10 meter ke bawah landasan...

Kereta api itu di tembak bertubi2 sekali gus mencederakan 20 penumpang...

Antara mangsa terselamat, termasuk Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan isteri serta dua putera baginda...

Pokok Getah Seluruh Tanah Melayu Di Tetak 1948 - 1951

Ia adalah tindak balas pengganas komunis terhadap pemilik ladang yang enggan bekerjasama dengan mereka...

Perbuatan menetak pokok juga bertujuan melumpuhkan ekonomi yang ketika itu banyak bergantung kepada hasil pengeluaran getah...

Keganasan Komunis Selepas Merdeka

Serangan Ke Atas Konvoi Pasukan Keselamatan
20 Julai 1979


Pada 17 Jun 1968, segerombolan gerila komunis telah menyerang hendap konvoi pasukan keselamatan Malaysia di Pekan Kroh (Pengkalan Hulu) dan membunuh 3 anggota tentera Malaysia...

Pembunuhan Ketua Polis Negara
6hb Jun 1974


Pada 6 Jun 1974, komunis bertindak lebih kejam apabila menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd. Rahman Hashim semasa beliau berada di dalam keretanya di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur...

Komunis Bom Tugu Negara
26hb Ogos 1975



Komunis telah mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975 hingga mengakibatkan kerosakan besar.

Komunis Ialah PENGGANAS Bukannya PEJUANG


Antara tahun 1969 hingga 1978, seramai 395 anggota pasukan keselamatan negara Malaysia telah terbunuh, manakala 919 yang lain cedera.
Seramai 70 orang awam telah terkorban, manakala 75 yang lain tercedera dalam tempoh 1968 hingga 1982.



Pada aktivis yg gerakkan usaha untuk kerajaan Malaysia iktiraf komunis...

Renung gambar di atas tu dalam2...

Nyatakan hasrat tu pada anak cucu mangsa2 kekejaman komunis dan lihatlah reaksi mereka...




Kekejaman komunis tak ada batasan...

Bukan setakat terhadap anggota keselamatan seperti tentera dan polis sahaja tapi jauh menjangkaui kekejaman binatang...

Apa dosa anak2 yg belajar pondok di pancung!!!

Apa dosa orang kampung di kelar hidup2!!!

Apa dosa anak2 kecil yang di campakkan ke dalam api hidup2!!!

Hanya binatang yang sanggup bunuh anak di depan mata ibu dan ayah mangsa!!!

Mengiktiraf Komunis Akan Membuka Pintu Murtad Seluas2nya Di Malaysia




Kita semua tahu, komunis ialah free thinker...

Apakah kita akan beri ruang utk golongan ini utk menyebarkan fahaman mereka seluas2nya di Malaysia...

Sedangkan Rukun Negara kita yg pertama ialah Kepercayaan Kepada Tuhan!!!


Kepada Fadiah Nadwa Fikri, rakyat Malaysia tak pernah menyalahkan anda kerana menjadi cucu kepada pemimpin komunis wanita Malaysia, Shamsiah Fakeh...


Darah yang mengalir pada luka pahlawan kami masih lagi merah!!!

Airmata ibu, anak dan isteri mangsa2 yang di bunuh dengan zalim masih lagi basah!!!

Apakah kami boleh menerima dan menelan kekejaman komunis yang anda dan rakan2 anda namakan sebagai perjuangan, TIDAK SAMA SEKALI!!!

Kerana komunis ialah pengganas berhati binatang dan bukannya pejuang kemerdekaan...

Kredit: Sembang Rakyat


Sobat baru saja selesai membaca :

PH! Sedarlah, Tiada Ruang Iktiraf Komunis, Di Sini..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang PH! Sedarlah, Tiada Ruang Iktiraf Komunis, Di Sini.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: PH! Sedarlah, Tiada Ruang Iktiraf Komunis, Di Sini.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/08/ph-sedarlah-tiada-ruang-iktiraf-komunis.html

Subscribe to receive free email updates: