PKM Pengganas, Bukan Pejuang Kemerdekaan..

PKM Pengganas, Bukan Pejuang Kemerdekaan.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: PKM Pengganas, Bukan Pejuang Kemerdekaan.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : PKM Pengganas, Bukan Pejuang Kemerdekaan..
link : PKM Pengganas, Bukan Pejuang Kemerdekaan..

Baca juga


PKM Pengganas, Bukan Pejuang Kemerdekaan..


Hasil carian imej untuk PKM Pengganas, Bukan Pejuang Kemerdekaan..

Pada 4 Januari 1943, ramai orang Melayu telah mati dibunuh dengan kejam oleh pengganas-pengganas komunis di Gua Musang. Pengganas komunis telah membakar banyak rumah penduduk termasuk kuarters kereta api dan balai polis dan merosakkan semua harta benda penduduk di Gua Musang. Nik Mah Nik Soh yang sedang sarat mengandung telah mati dibunuh dengan kejam oleh komunis. Kubur Allahyarham Nik Mah berada di tengah-tengah masjid hadapan mimbar di Gua Musang.

Parti Komunis Malaya (PKM @ CPM @ MCP) yang terdiri dari kaum China sebagai ahli majoriti telah menubuhkan Tentera MPAJA atau Bintang Tiga yang dilatih oleh tentera British untuk menentang tentera Jepun di Persekutuan Tanah Melayu @ Malaya dalam Perang Dunia Kedua.

Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menubuhkan sebuah negara Republik Komunis Malaya di Tanah Melayu hampir tercapai apabila Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Ke2 pada 15 Ogos 1945 di mana PKM melalui MPAJA @ Bintang Tiga telah menguasai Tanah Melayu selama 14 hari dalam tahun 1945.

Hasil carian imej untuk PKM Pengganas, Bukan Pejuang Kemerdekaan..

Dalam tempoh 14 hari tersebut, pengganas-pengganas komunis yang zalim, kejam dan sadis ini telah keluar dari hutan dan Merompak hasil tuaian, tanaman dan ternakan penduduk kampong, menculik dan merogol wanita muda tidak kira anak dara, janda atau isteri orang Melayu, menyiksa dan membunuh orang-orang Melayu Islam dan penghulu dan ulama Islam dan memusnahkan kampung Melayu dengan membakar rumah-rumah kaum Melayu Islam dan menghina agama Islam, ulama Islam dll dan mencemari masjid dll seperti melarang kaum Melayu Islam bersolat berjemaah dengan alasan membuang masa.

Modus operandi pembunuhan yang dilakukan oleh Bintang Tiga adalah dengan membawa orang-orang Melayu ke tepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka dipukul dengan kayu, besi atau belakang cangkul dan ditanam ke dalam lubang yang sudah siap digali. atau ditanam hidup-hidup atau ditembak ditepi lubang dalam keadaan berlutut atau digantung.

Kemudian PKM melalui pengganas-pengganas komunis telah meneruskan keganasan mereka dalam 1948 yang menyebabkan Darurat Tanah Melayu diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 sehingga tahun 1960 di mana pengganas-pengganas komunis telah mencederakan, menyiksa dan membunuh ramai orang awam, polis dan tentera dan memusnah infrastruktur, ladang dll.

Pada waktu pagi 25 hb March 1950, pasukan Platun 12 Kompeni D Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja dengan kekuatan 25 anggota tentera diketuai oleh Leftenan Muda Hassan Bin Yassin, Koperal Jamaludin Bin Mohamad, empat Lans Koperal, dan 19 prebet telah diserang hendap oleh 250 pengganas komunis PKM dari arah bukit yang terletak di seberang Sungai Semur. Akibatnya 17 orang anggota tentera telah gugur dan enam cedera parah dan dua lagi cedera ringan. Walaubagaimanapun, tentera Melayu berjaya berjaya membunuh seramai 29 pengganas komunis PKM di samping mencederakan ramai yang lain dalam pertempuran di Sunagi Semur tersebut. Agi Idup Agi Ngelaban !

PKM menyifatkan serang hendap di Sungai Semur , Gua Musang sebagai kejayaan PKM (walaupun 29 pengganas komunis telah berjaya dibunuh oleh platun 12, 3 RAMD dalam pertempuran di Sungai Semur). Kompeni komunis Ke-7, Rejimen Ke-12 TENTERA PEMBEBASAN NASIONAL MALAYA (TPNM @ PKM) telah telah mendapat surat pujian dari Markas Agung (TPNM).

Pengisytiharan Darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dilaksanakan, kira-kira 11,000 orang telah terkorban.

Selepas Darurat diisytiharkan tamat tahun 1960 yang bererti PKM gagal menguasai Persekutuan Tanah Melayu, gerila-gerila Komunis berundur masuk ke kawasan Selatan Thailand.

Dalam tahun 1968, Parti Komunis Malaya sekali lagi mengulangi konflik bersenjata untuk merampas Persekutuan Tanah Melayu dengan menggunakan kekerasan selepas PKM membuat persediaan selama 8 tahun dan pemberontakan ini dilakukan serentak dengan pemberontakan yang dijalankan di Kalimantan oleh Parti Komunis Kalimantan Utara (SCO @ CCP). Tempoh kempen keganasan bersenjata PKM dan CCP ialah dari 1960 - 1989.

Parti Komunis Malaya melancarkan serangan-serangan ke atas unit-unit tentera darat dan polis daripada seberang sempadan Thailand dan Kalimantan dengan tujuan memporak-perandakan keselamatan negara umtuk mengugatkan keyakinan rakyat kepada keupayaan pasukan keselamatan menangani ancaman daripada anasir komunis.

Pasukan Penggempur PKM Keenam yang diketuai oleh seorang wanita, iaitu Komander Loh Poh Yin yang menjalankan kegiatan keganasan di kawasan tengah Semenanjung Malaysia di sekitar Batang Berjuntai, Kuala Kubu Bharu, Raub dan Bukit Fraser telah melakukan serang hendap serang hendap ke atas anggota-anggota tentera berhampiran Kem Puncak Emas di Raub, Pahang dan Poh Yin telah membunuh seorang anggota tentera dan membelah dada serta perut lalu mengeluarkan jantung dan isi di dalamnya dan merampas senjata automatik milik anggota tentera itu.

PKM dan CCP telah menjalankan operasi pembunuhan ketua-ketua pasukan keselamatan dan pemimpin berpengaruh dan di antara mangsa PKM ialah Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri Perak.

Maka terbuktilah PKM dan CCP adalah pertubuhan pengganas yang sangat kejam, zalim dan sadis kerana PKM dan CCP telah melakukan pelbagai jenayah kejam, sadis dan zalim ke atas orang awam terutamanya kaum Melayu Islam, tentera dan polis dan memusnahkan kampung-kampung Melayu Islam, ladang, infrastruktur dan menghina Islam dan mencemari masjid dll dan menculik dan merogol perempuan-perempuan Melayu Islam dll.

Kita merasa amat dukacita, terhina dan marah jika terdapat pemimpin parti politik dan barua-barua komunis mendakwa kononnya Parti Komunis Malaya (PKM) adalah pejuang kemerdekaan negara ini kerana gelaran pejuang kemerdekaan untuk PKM adalah di antara pembohongan yang terbesar yang menafikan fakta-fakta sejarah dan penghinaan ke atas penderitaan rakyat negara dan pengorbanan tentera , polis dll. Penyokong-penyokong PKM ini sepatutnya dihalau balik ke negara China Komunis.

Kita juga bimbang pemimpin-pemimpin, ahli dan penyokong PKM mungkin cuba menguasai negara ini melalui perjuangan politik proksi-proksi mereka setelah PKM gagal merampas negara ini melalui kempen keganasan bersenjata.

Written by a humble ex-2nd Lt
ATM




Sobat baru saja selesai membaca :

PKM Pengganas, Bukan Pejuang Kemerdekaan..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang PKM Pengganas, Bukan Pejuang Kemerdekaan.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: PKM Pengganas, Bukan Pejuang Kemerdekaan.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/08/pkm-pengganas-bukan-pejuang-kemerdekaan.html

Subscribe to receive free email updates: