Judul : Politik Matang (BPMS) VS Akal Pendek, Kamu Di Mana?
link : Politik Matang (BPMS) VS Akal Pendek, Kamu Di Mana?
Politik Matang (BPMS) VS Akal Pendek, Kamu Di Mana?
Allah swt berfirman dalam surah Fussilat ayat 33-36,
وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ. وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ. وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksudnya,
- "..Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah kejahatan dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
- Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.
- Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui..."
1. Ayat diatas adalah merupakan ayat pendekatan dakwah yang dipraktiskan dalam lapangan politik. Disebutkan bahawa manusia sekalipun jahat yang bersifat syaitan boleh dilunakkan dengan berbaik kepadanya, kecuali syaitan di kalangan jin, Allah memerintahkan kita memohon perlindunganNya.
2. Budaya Politik Matang dan sejahtera PAS sedang menangani cabaran politik akal pendek yang dipelopori oleh Pakatan Harapan.
3. Politik akal pendek ini bukan bertujuan untuk memurnikan kecelaruan dan kecamukan suasana politik. Ia adalah budaya politik bebal dan kecewa tambahanlagi ia menjurus ke arah politik kebencian.
4. PAS sendiri berpengalaman selama 60 tahun di arena politik secara berani dan sabar sekalipun melalui siri demi siri penindasan dan kezaliman di padang politik yang senget masih tetap mampu bertahan dan tidak membalas kejahatan dengan kejahatan.
5. Sebut apa sahaja keburukan yang direkayasa untuk kepentingan politik bagi menghalang kemaraan PAS, semuanya telah PAS lalui. Dari halangan berceramah, pemimpin ditangkap, dibunuh, ahli dibelasah dan diboikot, pilihanraya yang tempang, dinafikan hak, dirampas hak, dan bermacam-macam bentuk lagi.
6. Namun PAS tidak langsung bebal dan kecewa malah mengambil jalan singkat "shorcut" untuk mencapai matlamatnya.
7. PAS kekal menggunakan pendekatan kemuka hujah dan idea untuk melawan seteru politiknya. Fitnah, adu domba, provokasi kaum dan agama, politik persepsi jahat, dijauhi daripada sikap dan pendekatan PAS.
8. Politik masa kini memerlukan anjakan paradigma baru oleh para penggerak dan pengamalnya. Politik berprinsip, politik dakwah, menyeru maaruf dan mencegah mungkar, politik benar bukan persepsi, politik kepentingan rakyat diutamakan, politik damai, politik penyelesaian dan profesional adalah rupa bentuk politik yang didambakan dan wajib didokong.
9. Bukannya politik yang hanya mengejar kepentingan kuasa dan agenda parti semata-mata.
10. Tuduhan demi tuduhan ke atas PAS oleh pemimpin dan juak Pakatan Harapan adalah pelopor politik akal pendek ini.
11. Tuduhan PAS mahu bergabung dengan Umno adalah contoh politik akal pendek yang paling ketara sekali sedang dimomokkan oleh Pemimpin dan juak PH.
12. Bagi mereka idea ini adalah paling mudah untuk dimanipulasikan dalam politik akal pendek supaya rakyat menolak PAS.
13. Jawapan mudah kepada tuduhan ini adalah pertanyaan, "kalau PAS nak gabung dengan Umno, kenapa PAS paling banyak kerusi bakal bertanding lawan Umno.?" Habis, siapakah kini yang sedang bersama Umno yang nak jatuhkan PAS di Kelantan.?
14. Sebelum daripada ini, pelbagai tuduhan yang lebih berat pernah dilontarkan terhadap PAS iaitu parti bersekongkol dengan pengganas, komunis, ajaran sesat dan bermacam-macam lagi, semuanya dihadapi PAS dengan sabar dan tenang. Lambat laun, kebenaran pasti muncul juga.
15. Tuduhan bahawa PAS tidak lagi lawan Umno merujuk isu 1MDB dan Pembentangan Belanjawan sebagai contoh adalah juga politik akal pendek sering dijuarai oleh PH untuk mendiskreditkan PAS.
16. Jawapannya ialah ini merupakan politik persepsi daripada politik akal pendek dimainkan oleh pemimpin dan juak PH dengan menggunakan media baru dan media proksi yang sengaja tidak memberitakan apa sahaja inisiatif PAS atau berusaha menyelewengkan berita sebenar PAS supaya ia dilihat begitu. Malah media proksi ini juga adalah proksi kepada pihak diluar negara yang turut menambah perisa bagi memburukkan PAS.
17. Laporan media proksi berat sebelah, tidak jujur dan tidak beretika menjadi sumber politik akal pendek dan disuap kepada rakyat untuk mensensasikan keburukan terhadap PAS. Politik yang adil, adalah sewajarnya berita daripada media PAS turut dipetik supaya diperolehi penjelasan yang sebenar dan bukan menelan mentah-mentah apa sahaja berita.
18. Politik sewajibnya adalah ruang bagi penggerak dan pendokong politik untuk berlumba-lumba secara matang dan sihat untuk mengemukakan agenda dan tawaran terbaik daripada parti masing-masing kepada rakyat supaya rakyat memilih apa yang terbaik buat kepentingan mereka.
19. Politik bukannya ruang untuk menyuburkan penipuan, fitnah, provokasi dan adu domba yang semua ini akhirnya mengarah kepada ketidakstabilan dan kecelaruan.
20. Apa yang anehnya,politik akal pendek ini yang sedang dimomokkan oleh juak PH ini rupanya belajar balik daripada seorang mahaguru yang merupakan bekas pemimpin Umno yang hebat dalam sejarah penipuan politik pilihanraya, pakar kepincangan dalam pentadbiran, pengamal kronisme dan nepotisme politik tegar di negara ini. Eloklah, bagai pinang dibelah dua dalam PH itu berkumpul semuanya spesis yang sama daripada benih dan dna yang sama.
21. Ayuh seluruh rakyat Malaysia, kita berpolitik sihat, matang dan sejahtera. Kita adalah rakyat yang berpendidikan, bermaklumat yang sahih, berilmu dan bijak. Rakyat menuju ke arah negara maju adalah rakyat yang bermaklumat, membaca, menelaah, mengkaji dan membuat keputusan yang waras dan bijak.
22. Jangan dibiarkan minda dan kepintaran kita yang merupakan anugerah Allah kepada kita dimanipulasi oleh pemimpin dan juak PH yang menjaja politik akal pendek ini.
23. Politik adalah manifestasi kepintaran akal dan kecerdasan minda yang sihat, tambahan lagi sekiranya ia berpandukan prinsip nilai Islam dan akhlak terpuji.
24. Politik juga adalah cerminan budaya dan cara hidup bangsa dan rakyat yang bertujuan untuk menikmati kemakmuran dan kesejahteraan yang diimpikan.
Politik Matang dan Sejahtera adalah tawaran PAS kepada seluruh rakyat Malaysia.
Oleh: Muhammad Najhan bin Halim
Penulis adalah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor dan juga Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
6 Mac 2018.
UNDILAH PAS dalam PRU14
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
Lihat juga..
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
Sobat baru saja selesai membaca :
Politik Matang (BPMS) VS Akal Pendek, Kamu Di Mana?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Politik Matang (BPMS) VS Akal Pendek, Kamu Di Mana? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Politik Matang (BPMS) VS Akal Pendek, Kamu Di Mana? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/03/politik-matang-bpms-vs-akal-pendek-kamu.html